Trump puji tandatangan PM Anwar, sifatkan unik dan artistik -“Sangat berbeza!”

WorldPolitics
26 Oct 2025 • 5:08 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mencuri perhatian apabila puji tandatangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disifatkannya sebagai ‘artistik’ dan unik.

Trump puji tandatangan PM Anwar

Momen itu berlaku ketika kedua-dua pemimpin menandatangani perjanjian dagangan timbal balik sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), hari ini.

image is not available

Berseloroh tandatangan PM Anwar unik

Menerusi siaran langsung yang dikongsikan di Facebook The White House, Trump sempat berseloroh dengan menyatakan tandatangan Anwar kelihatan sangat menarik dan berbeza daripada kebiasaan.

“Lihat tandatangan beliau (Anwar), sangat berbeza dan artistik,” katanya sambil menunjukkan kepada delegasi yang hadir, mencetuskan suasana ceria di dewan persidangan.

image is not available

Selain itu, Trump turut berkongsi pandangannya bahawa Sidang Kemuncak ASEAN kali ini menjadi satu pengalaman menarik dan penting, menggambarkan semangat kerjasama antara negara serantau dan rakan global.

image is not available

Sikap mesra antara kedua-dua pemimpin itu turut mendapat perhatian ramai, mencerminkan hubungan diplomatik yang semakin kukuh antara Malaysia dan Amerika Syarikat.

Sumber: Facebook The White House