Tanding PRK Pulai: Dominic dakwa Twitter digodam

24 Jul 2023 • 5:15 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Dominic Lau Hoe Chai

KUALA LUMPUR - Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai memaklumkan bahawa akaun Twitternya telah digodam pihak tidak bertanggungjawab pada Isnin.

"Pentadbir akaun Twitter rasmi berkenaan turut terkejut apabila terdapat satu ciapan pada jam 12.37 tengah hari yang kurang hormat iaitu 'Kalau saya tanding PRK (Pilihan Raya Kecil) Pulai ok tak?

"Untuk makluman, ciapan tersebut bukannya datang daripada pihak saya atau pentadbir yang sah," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Dominic berkata, pihak pengendali laman sosial itu sedang mengesan punca insiden dan protokol keselamatan terbaru diaktifkan termasuk penukaran kata laluan pada semua akaun media sosial rasminya.

Beliau juga memberitahu akan membuat laporan polis mengenai isu terbabit dalam masa terdekat.

"Kesempatan ini juga saya dan pihak pentadbir akaun (laman sosial beliau) ingin mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub," tambahnya.