Tangan kanak-kanak tersepit mesin mainan

16 Oct 2024 • 8:59 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Pasukan bomba menjalankan operasi mengeluarkan tangan mangsa yang tersepit pada mesin permainan di Pantai Remis. Foto Ihsan JBPM Perak

image is not available
Mangsa hanya mengalami kecederaan ringan di tangan kanan akibat tersepit pada mesin permainan. Foto Ihsan JBPM Perak

LUMUT - Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun berdepan detik cemas apabila tangan kanan tersangkut pada mesin permainan di sebuah premis di Pantai Remis di sini pada Selasa.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, sepasukan sembilan anggota diatur gerak ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada jam 6.47 petang.

"Setiba di lokasi kejadian, pasukan mendapati tangan kanan tersepit pada lubang mesin permainan.

"Operasi mengeluarkan tangan mangsa dilakukan dengan menggunakan peralatan khas. Operasi mengambil masa sekitar 10 minit," katanya di sini.

Menurut beliau, pemeriksaan mendapati mangsa hanya mengalami kecederaan kecil di jari dan operasi tamat sepenuhnya pada jam 7.13 petang.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved