Tangan Murid Tertus*k Besi Pemegang Tangga Berkarat Di Sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri Perak Diminta Buat Siasatan

LocalFamily & Parenting
23 Mar 2025 • 10:13 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seorang murid perempuan di sebuah sekolah di Hulu Kinta, Ipoh baru-baru ini dilaporkan cedera akibat tertusuk besi pemegang tangga di sekolah yang berkarat.

Memetik laporan Sinar Harian, ibu kepada murid tersebut telah berkongsi di media sosial tentang kecederaan yang menimpa anaknya itu dan dia terpaksa mengeluarkan kos sebanyak RM10,000 untuk membawa anaknya dirawat di sebuah hospital swasta kerana mereka gagal menerima rawatan segera di hospital kerajaan.

Berhubung kejadian itu, Khairudin Abu Hanipah iaitu Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak meminta pihak Jabatan Pendidikan Negeri atau JPN Perak untuk menyiasat penuh tentang kejadian tersebut.

image is not available

Beliau juga meminta pihak JPN untuk memberi perhatian yang serius terhadap kejadian kecederaan tersebut kerana ia berkait dengan keselamatan para pelajar di sekolah rendah dan menengah.

image is not available

Selain itu, untuk memastikan kejadian yang sama tidak akan berulang lagi, tindakan proaktif juga perlu dilakukan segera mungkin.

Tambah beliau lagi, jika perlu, pihak berkaitan akan segera melakukan kerja-kerja membaiki dan naik taraf tangga terbabit demi keselamatan pelajar di sekolah berkenaan.

Sumber:

Sumber:

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.