
BEAUFORT: Majlis Daerah perlu memastikan syarikat konsesi membersihkan kawasan yang ditumbuhi rumput panjang dan sistem perparitan di sini.
Seorang penduduk, Mohd Johawalia Kimsin mengambil contoh sistem perparitan di sepanjang Beaufort Jaya yang kini mulai ditumbuhi semak samun, di samping sepanjang jalan menuju ke Pasaraya Servay.
Advertisement“Di samping itu juga terdapat rumput tumbuh dan air bertakung di belakang sebuah restoran yang menimbulkan bau yang busuk.
“Keadaan ini menimbulkan rasa kurang senang pelanggan tempatan dan juga pelancong yang ingin menikmati makanan.
SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more “Kita tahu pekan ini adalah persinggahan bagi pelancong dari Sarawak dan Brunei. Mereka sudah tentu tidak akan singgah ke restoran terbabit kerana bau yang sangat busuk,” katanya.


