Tanggungan subsidi petroleum cecah RM40 bilion tahun ini

LocalBusiness & Finance
29 Oct 2026 • 11:31 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Tanggungan subsidi petroleum cecah RM40 bilion tahun ini

KUALA LUMPUR: Kerajaan menganggarkan tanggungan subsidi produk petroleum pada tahun ini berjumlah RM40 billion berdasarkan unjuran terkini susulan krisis bekalan global.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, tanggungan subsidi kerajaan menyederhana sekitar RM3 bilion sebulan untuk tempoh Jun hingga Ogos lalu.

Beliau berkata, subsidi petrol, diesel dan Gas Petroleum Cecair (LPG) yang dibayar sebanyak sekitar RM800 juta sebulan pada Januari dan Februari telah melonjak kepada hampir RM5 bilion sebulan untuk Mac dan April.

“Kerajaan berhadapan tekanan fiskal yang ketara apabila krisis bekalan global telah menyebabkan peningkatan perbelanjaan subsidi, khususnya bahan api dan utiliti.

“Konflik Asia Barat telah melonjakkan harga minyak mentah dunia melepasi AS$120 setong dan Malaysia juga tidak terkecuali daripada kesan krisis ini,” katanya menerusi jawapan bertulis yang disiarkan dalam laman web rasmi Parlimen.

Beliau menjawab soalan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (WARISAN-Semporna) mengenai jumlah subsidi produk petroleum bagi tahun ini setakat September 2026 dan senarai pemotongan perbelanjaan bagi setiap Kementerian bagi menampung kenaikan subsidi untuk tahun ini.

Amir Hamzah berkata, dalam menghadapi situasi itu, kerajaan telah mengambil pendekatan yang seimbang bagi memastikan kebajikan rakyat terus terpelihara tanpa menjejaskan kemampanan kewangan negara.

Beliau berkata, pihak kerajaan telah menyusun semula keutamaan perbelanjaan tahunan dengan memberi tumpuan kepada program yang berimpak tinggi kepada rakyat dan ekonomi.

“Penyusunan semula keutamaan perbelanjaan ini dilaksanakan dengan mengambil kira keperluan operasi dan keutamaan setiap kementerian, khususnya bagi memastikan program berimpak tinggi serta perkhidmatan asas seperti pendidikan, kesihatan dan bantuan rakyat terus terpelihara.

“Pada masa sama, kerajaan memperkukuh disiplin fiscal melalui kawalan perbelanjaan operasi, peningkatan kecekapan
perbelanjaan awam serta pengurangan ketirisan dalam pelaksanaan program dan subsidi.

“Aktiviti penguatkuasaan juga dipertingkatkan bagi memastikan bantuan dan subsidi yang disediakan Kerajaan disalurkan kepada golongan yang benar-benar layak, sekali gus mengoptimumkan penggunaan sumber kewangan negara,” katanya. – UTUSAN

The post Tanggungan subsidi petroleum cecah RM40 bilion tahun ini appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved