Subsidi petroleum dijangka cecah RM40 bilion tahun ini - PM Anwar

LocalBusiness & Finance
29 Oct 2026 • 11:15 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Subsidi petroleum dijangka cecah RM40 bilion tahun ini - PM Anwar Image from: Subsidi petroleum dijangka cecah RM40 bilion tahun ini - PM Anwar hamden29/10/2026 - 11:15 Oleh HAMDEN RAMLI editor@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 29 Okt - Jumlah subsidi petroleum kerajaan diunjurkan mencecah RM40 bilion tahun ini susulan krisis bekalan global yang mendorong harga minyak mentah melepasi AS$120 setong, menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

 

Beliau berkata, perbelanjaan subsidi bulanan bagi petrol, diesel dan gas petroleum cecair (LPG) melonjak daripada kira-kira RM800 juta pada Januari dan Februari kepada hampir RM5 bilion pada Mac dan April.

 

Bagaimanapun, beban subsidi bulanan itu berkurangan kepada kira-kira RM3 bilion antara Jun hingga Ogos.

 

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, kerajaan mengambil pendekatan seimbang bagi melindungi rakyat daripada kenaikan harga bahan api, sambil memastikan kemampanan fiskal negara terus terpelihara.

 

Menurutnya, kerajaan menyusun semula keutamaan perbelanjaan tahunan dengan memberi tumpuan kepada program yang memberikan impak terbesar kepada rakyat dan ekonomi.

 

“Langkah ini mengambil kira keperluan operasi dan keutamaan setiap kementerian, khususnya bagi memastikan program berimpak tinggi serta perkhidmatan penting, termasuk pendidikan, penjagaan kesihatan dan bantuan kewangan, terus dilindungi,” katanya dalam jawapan bertulis di Parlimen.

 

Beliau menjawab pertanyaan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (Warisan-Semporna) yang meminta penjelasan mengenai subsidi petroleum.

 

Anwar berkata, kerajaan akan memperkukuh disiplin fiskal menerusi pengetatan perbelanjaan mengurus, peningkatan kecekapan perbelanjaan awam serta pengurangan ketirisan dalam pelaksanaan program dan pemberian subsidi.

 

Katanya, langkah penguatkuasaan turut dipertingkatkan bagi memastikan bantuan dan subsidi kerajaan disalurkan kepada golongan yang benar-benar layak, sekali gus mengoptimumkan penggunaan dana awam.

 

“Kerajaan akan terus mengimbangi keperluan melindungi rakyat Malaysia daripada kenaikan harga bahan api dengan pengurusan perbelanjaan secara berhemah bagi memastikan peningkatan kos subsidi dapat ditampung tanpa menjejaskan kemampanan fiskal negara,” katanya. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved