Tangkap layar palsu: Pejabat Menteri KPKM lapor SKMM

LocalPolitics
5 Sep 2024 • 5:27 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, tangkap layar poster tersebut adalah palsu.

SHAH ALAM - Pejabat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menafikan telah mengeluarkan poster berbentuk kenyataan Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu meminta pesawah berjimat cermat menggunakan baja bagi membantu kerajaan seperti yang tular ketika ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan itu, tangkap layar poster tersebut adalah palsu.

“Laporan kepada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah dibuat hari ini bagi membolehkan siasatan dan tindakan yang sewajarnya dikenakan kepada pihak yang membuat hantaran palsu dan tidak benar ini,” katanya pada Khamis.

Kenyataan KPKM itu turut menyertakan tangkap layar poster tersebut yang menggunakan masthead Sinar Harian, yang juga palsu.