“Tangkap tikus, dapat RM3” – MPAJ Beri Ganjaran Wang Tunai Tangkap Tikus Di Kawasan Pasar Ampang Dan Sekitarnya

LocalHealth & Fitness
12 Jul 2025 • 4:27 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Tangkap tikus, dapat RM3. Itulah tawaran yang diberikan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) kepada peniaga di sekitar Pasar Pekan Ampang menerusi Kempen Basmi Tikus yang berlangsung sepanjang Julai ini.

Kempen anjuran MPAJ dengan kerjasama Jawatankuasa Penduduk (JKP) Zon 8 itu bertujuan menggalakkan penglibatan komuniti dalam menjaga kebersihan persekitaran dan mencegah penyakit bawaan tikus seperti leptospirosis.

Menurut kenyataan MPAJ, ganjaran wang tunai sebanyak RM3 akan diberikan bagi setiap ekor tikus yang berjaya ditangkap di kawasan pasar tersebut dan sekitarnya.

“Ganjaran ini bertujuan menggalakkan pembabitan masyarakat dalam mewujudkan persekitaran yang lebih bersih, bebas daripada pembiakan tikus serta ancaman penyakit,” jelas MPAJ.

image is not available
Ganjaran wang tunai sebanyak RM3 akan diberikan bagi setiap ekor tikus yang berjaya ditangkap di kawasan pasar tersebut dan sekitarnya.

Kaunter tuntutan ganjaran dibuka bermula 8 hingga 25 Julai, dari jam 9.30 pagi hingga 12.00 tengah hari di perkarangan Pasar Pekan Ampang.

Namun, penyertaan hanya dibuka kepada peniaga pasar dan sekitar kawasan berkenaan.

MPAJ turut menegaskan bahawa kempen ini sejajar dengan elemen ketiga dan ke-11 dalam Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs) iaitu memastikan kesihatan yang baik serta membina bandar dan komuniti yang mampan.

“Inisiatif ini bukan sekadar memberi ganjaran, tetapi bertujuan meningkatkan kesedaran awam tentang pentingnya menjaga kebersihan untuk kesihatan komuniti,” tambah kenyataan itu lagi.

Sumber:

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article