“Tanpa awak saya tiada di sini” – Thinaah Kongsi Penghargaan Buat Pearly Tan, Netizen Pun Terharu!

Entertainment
5 Aug 2024 • 4:17 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Pasangan regu badminton wanita negara, Pearly Tan dan Thinaah Muralitharan menamatkan tugas mereka di Olimpik Paris dengan begitu cemerlang.

Meskipun tidak berjaya meraih pingat, namun mereka mencipta sejarah sebagai regu wanita Malaysia pertama yang berjaya lolos ke pusingan separuh akhir di sukan olimpik.

Terbaru, menerusi laman Instagram miliknya, Thinaah menulis kata-kata penghargaan buat pasangan regunya itu dan membuatkan ramai yang turut sebak.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Thinaah Muralitharan (@thinaah_m)

“Pearly, tanpa awak saya tidak akan berada di sini, di pentas terbesar impian setiap atlet. Sukan Olimpik.

Sebelum Sukan Olimpik, anda telah bergelut dengan kecederaan. Kita hanya berlatih bersama selama 1.5 minggu sebelum terbang ke Perancis untuk memulakan kem latihan.

Saya terus memberitahu diri saya untuk terus kuat walaupun ada kalanya saya rasa tidak berdaya berlatih tanpa awak.

Walaupun semasa kem, kita berselisih faham dan saya hanya mahu selesai dengan Olimpik dan pulang ke rumah, tetapi sebaik sahaja kita tiba di kampung, saya berasa berbeza dan perasaan itu tidak dapat digambarkan,” tulisnya.

Thinaah juga memberitahu dia amat tidak menjangka mereka dapat melepasi kumpulan ‘maut’ yang amat ditakuti malah berjaya sehingga ke peringkat separuh akhir.

Atlet kelahiran Klang, Selangor itu mengakhiri kapsyen Instagram itu dengan menyatakan terima kasih sekali lagi buat regunya, Pearly Tan.

Sweet sangat!

Sumber: Instagram

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.