Tanpa Bahan Bahaya, Tiga Bahan Ni Boleh Buat Semburan Halau Lipas

Home & Living
15 Mar 2026 • 11:46 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Tanpa Bahan Bahaya, Tiga Bahan Ni Boleh Buat Semburan Halau Lipas

Lipas, sejenis serangga perosak yang sering ditemui di dapur, bilik air dan kawasan lembap.

Kehadirannya bukan sahaja menggelikan, malah boleh menjejaskan keselesaan penghuni rumah.

Serangga ini juga terkenal sukar dihapuskan kerana bergerak pantas dan gemar bersembunyi di celah sempit.

Jangan kata nak ketuk, lipas mendekat sudah buat kita lari tak cukup tanah.

Disebakan itu, ramai mencari cara mudah untuk menghalau dan menghalang lipas daripada berkampung di rumah atau kereta.

Seorang pengguna Thread, @_cik.shah berkongsi cara menghasilkan air semburan penghalau lipas semula jadi dengan hanya menggunakan tiga bahan.

“Bebas bahan kimia beracun, selamat untuk anak kecil dan haiwan peliharaan. Wangi macam dekat spa,” katanya.

Ikuti perkongsian lelaki tersebut di bawah.

Baca juga:

Bahan-bahan

Semburan penghalau lipas ini dibuat dengan menggunakan satu cawan air, dua sudu cuka putih dan 15 hingga 20 titik minyak pati daun pudina asli.

“Lipas bernafas menggunakan liang di badan mereka, bukan hidung.

“Bau pudina yang sangat kuat dan menthol akan mengganggu sistem pernafasan lipas dan hilangkan jejak feromon, iaitu cara lipas berkomunikasi,” jelas lelaki berkenaan.

image is not available
Gambar hiasan. Kredit: Gambar AI via ImageFX

Cara-cara buat semburan penghalau lipas

Pertama sekali, sediakan satu botol semburan kosong. Kemudian, isikan dengan air dan tambahkan dua sudu cuka putih.

Setelah itu, titiskan minyak pati daun pudina asli ke dalam campuran tadi.

Menurut lelaki berkenaan, campuran perlu digoncang dengan kuat.

Cara guna semburan

Semburan yang telah siap boleh digunakan dengan menyembur di celah kabinet dapur.

Anda juga boleh semburkan campuran tersebut di bawah tong sampah atau karpet di dalam kereta.

“Lipas suka membiak di bawah tempat duduk,” ujar lelaki itu.

image is not available
Gambar hiasan. Kredit: Gambar AI via ImageFX

Tambahnya, campuran tersebut perlu disembur dua kali seminggu.

“Lipas akan berpindah keluar dari rumah atau kereta sebab tak tahan bau menthol tu. Ruang kau pun bau wangi,” katanya lagi.

Sebelum mengakhiri perkongsian, lelaki berkenaan sempat meninggalkan pesan agar mencari minyak pati yang asli.

Walaupun agak leceh dan berharga tinggi, tahap keberkesanan dapat dilihat berbanding menggunakan minyak pati yang murah.

“Kalau guna yang murah, tak berkesan langsung,” titipnya.