“Tanpa Dia, Saya Takkan..” – Sudah Beristeri & Bergelar Bapa, Lelaki Mengaku Rindu Wanita Dikenali 21 Tahun Lalu

EntertainmentLifestyle
6 Jan 2025 • 11:14 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, akaun TikTok Hot FM ada memuat naik satu video memaparkan perbualan penyampai radio, Fara Fauzana dan Fizi Ali bersama seorang pemanggil lelaki yang telah menarik perhatian ramai.

Dah berstatus suami tanpa rindu wanita lain?

Dalam perbualan tersebut, lelaki itu mengakui walaupun sudah mempunyai isteri dan anak-anak, dirinya sehingga kini masih merindui wanita yang dikenali 21 tahun yang lalu.

Kata lelaki itu, dia tidak mempunyai perasaan sayang terhadap wanita itu tetapi hanya rasa terhutang budi.

Tanpa dia, saya takkan berada di mana saya sekarang ini..

Jangan menilai tanpa dengar cerita sebenar

Susulan itu, Fara Fauzana sempat memberi pesanan bahawa kita tidak boleh menilai seseorang tanpa mengetahui cerita sebenar dan merasakan niat lelaki terbabit bercerita kerana mahu ‘melepaskan’ sesuatu serta mengucapkan terima kasih kepada wanita tersebut.

I rasa dia nak lepaskan. Mungkinlah dia tersilap guna perkataan rindu itu, dia bukan rindu.

image is not available 2 months ago

"Dia Yang Hubungi Lelaki Lain Belakang Saya Dulu Semasa Status Suami Isteri" - Jofliam Kembali Bersuara Isu Cerai