Tanpa mengira bangsa, Founder Misi habiskan hampir RM10,000 belanja rakyat barangan dapur

14 Mar 2025 • 11:49 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

image is not available

Founder Misi habiskan hampir ERM10,000 selepas membelanjakan masyarakat tanpa mengira bangsa barangan dapur sekaligus dapat meringankan beban mereka.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Founder Misi di laman TikToknya, dia meluahkan rasa gembira dan bersyukur kerana diberikan peluang untuk berbakti kepada insan memerlukan yang sudah dianggap seperti keluarga.

Dalam perkongsian itu, dia telah memanggil penduduk berhampiran untuk membeli belah barangan keperluan dapur di sebuah kedai runcit yang turut dibantu oleh isterinya.

Founder Misi

@foundermisi

Harini terkejut belanja hampir RM10,000.. lagi terkejut bila first time lihat Melayu Cina India dan lain-lain gembira dalam satu kedai runcit. . Saya lihat ibu saya, bapa saya, nenek saya, abang kakak saya dari pelbagai kaum. Saya monolog pada Tuhan, “kalau macam tu, biarlah depa pilih apa sahaja keperluan depa malam ni” . Saya tidak belanja seperti bantuan.. tapi belanja seperti keluarga.. biar mereka pilih keperluan mereka. Saya happy tengok mereka happy. . Suatu hari nanti, ramai orang kaya akan berkongsi rezeki begini di dalam komuniti masing-masing. Dan dunia akan dilimpahi oleh kebaikan-kebaikan besar hinggalah kebaikan-kebaikan kecil dari rakyat marhaen.

♬ original sound – Founder Misi – Founder Misi

“Hari ini terkejut belanja hampir RM10,000.. lagi terkejut bila first time lihat Melayu Cina India dan lain-lain gembira dalam satu kedai runcit.

“Saya lihat ibu saya, bapa saya, nenek saya, abang kakak saya dari pelbagai kaum. Saya monolog pada Tuhan, ‘kalau macam tu, biarlah depa pilih apa sahaja keperluan depa malam ni’,”

“Saya tidak belanja seperti bantuan..tapi belanja seperti keluarga.. biar mereka pilih keperluan mereka. Saya happy tengok mereka happy,” katanya.

Founder Misi

image is not available

image is not available

Dalam pada itu, dia turut menjelaskan tujuannya menghasilkan kandungan tersebut bukan untuk menunjuk-nunjuk sebaliknya mahu memberikan inspirasi kepada orang ramai untuk membuat kebaikan kepada golongan yang memerlukan.

“Suatu hari nanti, ramai orang kaya akan berkongsi rezeki begini di dalam komuniti masing-masing. Dan dunia akan dilimpahi oleh kebaikan-kebaikan besar hinggalah kebaikan-kebaikan kecil dari rakyat marhaen,” ujarnya.

image is not available

image is not available

Terima kasih orang baik

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan ucapan terima kasih kepada Founder Misi kerana menghulurkan sumbangan kepada masyarakat berjumlah RM9,609.70.

image is not available image is not available

Semoga dipermudahkan urusan

Ramai mendoakan agar urusan Founder Misi dalam mencari rezeki dipermudahkan dan perniagaannya sentiasa berkembang maju kelak.

image is not availableimage is not available

Sumber: TikTok @Founder Misi

View Original Article