Tanya Buat Apa Dekat Rumah, Isteri Terus Kongsi Tugasan Harian Supaya Suami Faham

Entertainment
21 Jul 2022 • 5:45 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Suri rumah telah menjadi satu peranan yang lazim dimana para isteri yang tidak berkerja akan bertanggungjawab memastikan setiap sudut rumah dan pengurusan suami dan anak-anak terjamin dan tersusun.

Malangnya, masih ramai juga lebih-lebih lagi dalam kalangan para suami yang masih tidak memahami tanggungjawab isteri dan menganggap tugasan suri rumah itu adalah mudah dan tidak memenatkan.

“Sayang buat apa je hari ini?”

Perkara ini telah berlaku oleh seorang suri rumah yang telah berkongsi luahan hatinya di Facebook selepas suaminya terlajak kata bertanya “sayang buat apa je hari ini?”.

Suri rumah tersebut telah membuat keputusan untuk berkongsi tugasan hariannya melalui Whatsapp dan berharap agar suaminya memahami penat lelahnya dalam memastikan anak-anak terjamin tatkala suami sedang mencari rezeki.

haritu laki aku ada terlajak kata..dia tanya "apa je syg buat kat umah??" jadi harini aku decide utk cerita kat dia apa…

Posted by Mikael Noah on Wednesday, July 20, 2022

Nak marah tapi kena sabar

Pertanyaan itu sangat mengundang kemarahan isteri tetapi dia menyatakan bahawa dia tetap bersabar dalam apa jua yang berlaku dan menerangkan tugasan hariannya.

“Sepenat-penat kau bekerja mencari nafkah, ada isteri dibelakang yang struggle juga bersama-sama..bezanya,kau bergaji dan dia tidak..kau dapat jumpa kawan-kawan tapi isteri kau pula terperuk dirumah ditemani tangisan dan rengek anak seharian.”

Perkongsian tugasan harian di Whatsapp

Disebabkan soalan yang dianggap boleh berlakunya perang dunia kedua dalam rumah tangga, si isteri terus berkongsi tugasan hariannya di rumah kepada suami melalui aplikasi Whatsapp.

“Waktu rumah sepah macamni, saya masih struggle mandikan anak satu persatu.”

image is not available

“Tengah pakaikan anak pampers… adik punggah selongkar tong sampah.”

image is not available

“Lepas mandikan adik, adik pula main nasi.”

image is not available

“Dah 2 kali kemas tapi bersepah balik.”

image is not available

“Tengah susukan Medina, Malik pula merengek nak nasi… lapar katanya.”

image is not available

“Lepasni jangan tanya sayang buat apa lagi. Sayang boleh main phone sebab sayang buat kerja cepat.”

image is not available

Apa yang dikongsi hanya belah pagi dan tengah hari, belum petang dan malam!

Suri rumah tersebut menjelaskan perkongsiannya hanya berlaku pada waktu pagi dan tengah hari dan bukan waktu petang dan malam. Kalau pagi pun dah nampak struggle apatah lagi petang dan malam kan?

Rupanya ramai netizen terpalit benda yang sama!

Netizen juga tidak lari memberi perhatian kepada perkongsian ini lebih-lebih lagi para isteri yang seakan boleh relate dengan luahan suri rumah tersebut.

image is not available

image is not available

image is not available

Semua kerja bagi min mesti ada penat lelahnya yang tersendiri. Patutnya kita seharusnya memahami antara satu sama lain dengan tidak memperlekehkan tanggungjawab seseorang. Betul tak korang?

image is not available

 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.