“Tapak Kasut Nak Tercabut..” – Wanita Kongsi Kisah Sedih Terserempak Budak Sekolah Bikin Netizen Sebak

Family & Parenting
20 Jun 2022 • 2:09 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Tular di laman Facebook, satu hantaran oleh seorang pengguna dikenali sebagai Tie Ruzilawati yang berkongsi kisah sedih apabila terserempak dengan seorang kanak-kanak di pondok sekolah.

Menerusi hantaran tersebut, wanita yang sedang menunggu anak lelakinya itu secara tiba-tiba didatangi seorang kanak-kanak perempuan yang turut bersekolah di situ.

Namun, wanita itu terkejut apabila kanak-kanak itu meminta untuk meminjamkan duit kerana mahu membeli air.

image is not available

Tak banyak pun dia minta. Selepas berapa mnit kemudian dia datang balik untuk pulangkan baki. Bagus budaknya.

Menurutnya, apabila ditanya mengapa dia memulangkan bagi, kanak-kanak itu berkata dia hanya ingin meminjam RM1 kerana dia telah menggunakan kesemua duit belanjanya sebanyak RM3.

Apa nak makan zaman sekarang 3 ringgit dari pagi sampai petang. Mugkin setakat itu yang familynya mampu.

Dalam pada itu, wanita itu turut sempat bertanyakan sama ada dia sedang menunggu ibunya untuk ambil dari sekolah, namun jawapan yang diberinya telah membuatkan orang ramai sebak.

Dia cakap mak tak ada, saya tinggal dengan wan dan ayah pun kerja, tengah malam baru ayah balik.

image is not available

Bukan itu sahaja, wanita itu turut sedih melihat keadaan kanak-kanak itu yang memakai baju seragam sekolah yang kotor dan sudah lusuh serta tapak kasut sekolah yang sudah mahu tertanggal.

Nak balik tadi cakap kat dia esok tunggu acik kat sini ya. Nanti acik bawakkan kasut lain. Terus dia peluk aku tu yang tak tahan, tekeluar air mata seorang ibu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 21 jam lalu

(VIDEO) "Sekali Dia Tak Check Pun” - Lelaki Cuak Nampak 'Roadblock' JPJ, Kelam Kabut Cabut 'Tinted' Kereta