“Tapi sakit, kakak tak kuat” – Rintihan Kanak-kanak Pesakit Kanser Dekat Ibu Undang Rasa Pilu Netizen

Entertainment
14 Jan 2025 • 1:38 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Satu video yang meruntun hati netizen tular di TikTok apabila ada seorang kanak-kanak pesakit kanser merintih kepada ibunya saat menanggung kesakitan ketika melakukan rawatan di hospital. Keluhan rasa sakit yang ditanggung oleh kanak-kanak itu telah meraih 2 juta tontonan dalam masa sehari.

Dalam video tersebut, kanak-kanak itu dilihat mengeluh kesakitan sambil menangis teresak-esak, rasa sebak kian bertambah apabila kanak-kanak tersebut mempersoalkan dirinya yang terpaksa menanggung rasa sakit ini.

Lebih hiba lagi, kanak-kanak itu meluahkan kehidupannya yang sebelum ini dan ibunya yang berada di sisi memberikan kata-kata semangat dengan mengatakan bahawa Allah sedang menguji dirinya kerana sayang.

“Kenapa Allah tunjukkan jalan macam ni, sakit kakak tak kuat, dah tak kuat, badan sakit, kakak dah tak tahan ibu, kakak nak macam dulu.”

Menjengah ke ruangan komen, ia telah mengundang rasa simpati netizen apabila melihat video tersebut, malah ada dalam kalangan pejuang kanser dan cancer survivor juga turut memberikan kata-kata semangat buatnya.

image is not available image is not available image is not available

Ya Allah sebaknya bila dengar tangisan adik ni, semoga adik ini terus kuat dan sembuh. Amin.

Sumber : TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.