Tapis Berita Tak Sahih, Aplikasi Whatsapp Bakal Bangunkan ‘Chatbot’

LocalDigital
9 May 2024 • 3:20 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Pengguna aplikasi Whatsapp tidak lama lagi akan menerima ciri terbaharu iaitu ‘chatbot’ dan ia membolehkan pengguna untuk memeriksa kesahihan apa jua berita mahupun kenyataan yang diterima melalui aplikasi berkenaan.

Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, perbincangan bersama META selaku pembangun aplikasi tersebut sedang dilakukan bersama Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Pengguna dijangka bakal menerima ciri terbaharu itu secara lengkap menjelang penghujung Mei nanti.

image is not available

Menurut Fahmi lagi, sekarang ini terdapat beberapa isu teknikal yang akan diselesaikan dan pengguna boleh menggunakan ciri tersebut sejurus perbincangan bersama pihak META selesai.

Mengulas lebih lanjut, ciri ‘chatbot’ berkenaan bakal dikendalikan JomChat yang melibatkan beberapa kumpulan NGO dan Bernama yang dipilih berdasarkan standard semakan fakta yang tepat selain berkualiti.

Tambahnya lagi, masalah yang dihadapi ketika ini adalah lambakan berita tidak benar dan juga berunsur fitnah disebarkan melalui aplikasi Whatsapp. Jadi, salah satu tindakan SKMM untuk menangani masalah tersebut dengan adanya ‘chatbot’ ini.

Sumber : Buletin TV3

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.