Tapway VehicleTrack Hadir Dengan Pengecaman Kenderaan Apabila Melalui Tol Lebuhraya PLUS Yang Dikuasakan AWS

TechnologyDigital
4 May 2023 • 12:12 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Pada acara AWS Summit ASEAN, pelbagai kemaskini berkaitan pasaran ASEAN termasuklah kemaskini inisiatif AWS terhadap sektor awam dan syarikat-syarikat tempatan. Salah satu perkongsian mereka adalah berkenaan Tapway VehicleTrack yang menyediakan solusi untuk PLUS Malaysia Berhad.

Tapway VehicleTrack merupakan startup yang bergiat dalam pengecaman kenderaan, yang mana ia tidak terhad kepada nombor pendaftaran kenderaan tersebut, bahkan turut berkebolehan mengecam jenis kenderaan, jenama kenderaan dan juga warna kenderaan.

image is not available

Pengecaman ini juga membolehkan bayaran tol dibuat berdasarkan kategori kenderaan tersebut, seperti contoh kenderaan persendirian mempunyai kadar tol berbeza dari teksi dan juga lori, sekaligus mengurangkan risiko penipuan yang boleh menyebabkan kepada pengurangan pendapatan operasi tol PLUS Malaysia.

Tapway yang menggunakan infrastruktur AWS ini baharu sahaja menerima pensijilan AWS Smart City Competency pada 21 April 2023, yang mana program pensijilan ini mengiktiraf kebolehan sesuatu startup yang menggunakan AWS dalam menyediakan solusi bandar pintar.