Tardozzi Yakin GP25 Tiada Masalah

28 Aug 2025 • 12:47 PM MYT
TW Media
TW Media

Gedung Info Permotoran

image is not available

Pengurus pasukan Ducati Lenovo, Davide Tardozzi tampil menjawab persoalan hangat mengenai prestasi jentera Ducati GP25 yang kini mula dibandingkan dengan model tahun sebelumnya, GP24.

Menurut Tardozzi, tanggapan bahawa GP25 lebih teruk adalah tidak tepat sama sekali. Beliau menegaskan bahawa jentera terkini itu sebenarnya sudah menunjukkan peningkatan, malah lebih kompetitif berbanding GP24.

“Lihat saja bagaimana Marc Marquez menunggang GP25. Dia dapat catat keputusan lebih baik daripada apa yang Pecco lakukan dengan GP24 pada musim lalu,” ujar Tardozzi.

Namun begitu Tardozzi mengakui bahawa masih ada pelumba yang belum menemui keserasian sepenuhnya dengan GP25 termasuk juara dunia dua kali Pecco Bagnaia dan Fabio Di Giannantonio.

“GP25 hebat cuma tak kena dengan gaya tunggangan mereka buat masa ini,” katanya lagi.

Kenyataan Tardozzi ini jelas menunjukkan bahawa Ducati yakin dengan pembangunan teknikal mereka dan percaya prestasi sebenar GP25 akan menyerlah seiring masa apabila pelumba berjaya menyesuaikan diri sepenuhnya dengan karekteristik jentera baharu itu.

The post Tardozzi Yakin GP25 Tiada Masalah appeared first on TW Media.