“Tarian b*gel & upacara syirik” – JAKIM Digesa Siasat ‘Program Motivasi Wanita’ Disyaki Sebar Ajaran Sesat

Entertainment
11 Jul 2025 • 1:26 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Tular di Facebook mengenai satu pendedahan yang mengejutkan tentang program motivasi wanita yang didakwa telah menyimpang dari ajaran agama Islam.

Seorang wanita menerusi akaun Facebooknya mendedahkan, ajaran itu dikatakan berselindung di sebalik program keluarga bahagia, seni cinta rumah tangga dan motivasi kepada wanita.

Program itu difahamkan dikendalikan sepasang suami isteri didakwa menyebarkan ajaran sesat yang menyasarkan kaum hawa bekerjaya yang sedang tertekan dengan masalah rumah tangga termasuk isu suami curang, hubungan dingin dan tekanan emosi.

Program tersebut pada asalnya didakwa dapat membantu wanita menjadi lebih romantik dan menyemarakkan lagi hubungan rumah tangga.

Namun, program diselitkan unsur mencurigakan apabila dimasukkan elemen spiritual asing, urutan sulit dan penjualan produk lucah.

image is not available

Dia turut mendedahkan, peserta wanita yang telah mengikuti program itu akan diminta untuk bercerai dengan pasangan mereka malah mendakwa suami peserta diberikan ramuan ‘cendawan ajaib’ dibawa khas dari Bali untuk tujuan yang mencurigakan.

Dalam pendedahan terbaharu, peserta diminta untuk melakukan upacara seperti ritual keagamaan yang dilihat amalan tersebut serupa dengan agama pagan dan Buddha.

image is not available

Mereka yang melakukan upacara ini dikatakan ‘dilahirkan semula’ dan telah disucikan dari segala ‘tenaga’ buruk dalam badan.

Susulan pendedahan ini, mereka yang pernah mengikuti program itu menggesa supaya pihak bertanggungjawab segera mengambil tindakan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ariz Ramli (@capricedaddycap)

Penyanyi rap dan aktivis kemanusiaan, Caprice juga tampil bersuara memohon pihak berkuasa menyiasat program ini.

Sementara itu, menurut laporan Malaysia Gazette, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Mohd Na’im Mokhtar memaklumkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah diarah untuk menjalankan siasatan berhubung dakwaan berkenaan.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.