Tarik Brek Kecemasan ETS Secara Sengaja, Boleh Kena Denda RM1,000, Penjara 3 Bulan

LocalPolitics
14 Oct 2024 • 10:45 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Gara-gara tindakan seorang penumpang menarik brek kecemasan, perkhidmatan tren elektrik (ETS) yang dalam perjalanan dari KL Sentral ke Ipoh, tergendala dua jam.

Insiden tidak bertanggungjawab itu 12 Oktober sekitar jam 11.25 malam dan mujur perbuatannya dirakam melalui rakaman litar tertutup (CCTV).

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Kereta Api Tanah Melayu Berhad,, Datuk Mohd Rani Hisham Samsudin berkata pihaknya memandang serius insiden seperti itu.

"Kami sedang menyediakan laporan lengkap berkaitan insiden itu untuk diserahkan kepada pihak Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) bagi tindakan selanjutnya," katanya.

image is not available

Untuk makluman anda, mana-mana orang yang menggunakan secara tidak wajar alat isyarat kecemasan disediakan pengendali berlesen dalam mana-mana koc atau tren kereta api bagi kegunaan penumpang untuk memberhentikan tren kereta api itu dalam hal kecemasan dikira melakukan kesalahan.

Penumpang boleh didenda tidak melebihi RM1,000 atau dipenjarakan tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved