Tren KTMB Alami Kelewatan Gara-gara Ada Penumpang Sengaja Tarik Brek Kecemasan

LocalPolitics
13 Oct 2024 • 2:40 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seorang penumpang tren KTMB pada Sabtu semalam telah menjadi punca kelewatan tren apabila penumpang tersebut bertindak menarik brek kecemasan dengan sengaja ketika gerabak tren sedang bergerak.

Pihak KTMB menerusi Facebook rasmi berkongsikan perkara tersebut untuk memberi pengajaran dan mengingatkan penumpang-penumpang lain agar tidak berbuat demikian ketika menaiki pengangkutan awam terbabit.

image is not available

Dalam perkongsian KTMB itu juga, dapat dilihat bahawa tindakan penumpang itu yang menarik brek kecemasan dengan sengaja telah sempat dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV).

Dalam kenyataan KTMB itu, difahamkan seorang penumpang tren ES9052 telah menarik brek kecemasan ketika tren sedang bergerak dan tindakan penumpang berkenaan telah menyebabkan kelewatan tren selama 120 minit.

Untuk pengetahuan semua, mana-mana penumpang yang didapati melanggar peraturan boleh dikenakan tindakan tegas di bawah Seksyen 122, Akta 715, Akta Pengangkutan Darat (APAD) 2010.

Jika disabitkan kesalah, boleh didenda tidak melebihi seribu ringgit atau dipenjarakan tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya sekali.

Jadilah orang awam yang bertanggungjawab.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.