Tarikan Baharu Bersama #RWMF, Borneo Glamping Kini Buka Tempahan Untuk Umum

15 Jun 2023 • 1:13 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Bakal diadakan sepanjang acara Rainforest World Music Festival ini (23 Jun – 25 Jun 2023)

Tarikan Baharu Bersama #RWMF, Borneo Glamping Kini Buka Tempahan Untuk Umum. Jika anda yang terlepas mengikuti aktiviti glamping yang terbesar yang telah dianjurkan di Tanah Tinggi Borneo atau dikenali sebagai Borneo Highlands, pastikan kali ini anda tidak terlepas lagi

Baru-baru ini, pihak penganjur Borneo Glamping telah muat naik kongsian di laman Facebook mereka bakal mengadakan aktiviti glamping bersama salah satu festival terbesar di Sarawak iaitu #RWMF 2023.

image is not available
Kredit: FB Eirwen Kho

Bakal bertapak di Damai Central, jom ajak kawan-kawan korang!

Aktiviti glamping ini bakal diadakan selaras dengan acara RWMF ini berlangsung iaitu 23 Jun hingga 25 Jun 2023 ini. Bakal bertapak di Damai Central dan jika anda mengikuti #RWMF, bolehla buat tempahan glamping. Tak susah fikir transport nanti

Jika anda ingin membuat tempahan atau maklumat lanjut mengenai pakej glamping dan sewa khemah yang disediakan, boleh lihat pautan di sini www.borneoglamping.com/ atau hubungi +6011-10872890

image is not available
Tarikan Baharu Bersama #RWMF, Borneo Glamping Kini Buka Tempahan Untuk Umum

image is not available
Kredit: FB Eirwen Kho

Sambil korang join RWMF, korang boleh bermalam dengan glamping di sana!

Rainforest World Music Festival (RWMF) ialah festival muzik tahunan tiga hari yang meraikan kepelbagaian muzik dunia, yang diadakan di Kuching dengan bengkel muzik siang hari, pameran kebudayaan, pameran kraf, gerai makanan dan konsert malam peringkat utama.

Sekadar info tambahan, glamping adalah perkhemahan yang melibatkan penginapan dan kemudahan yang lebih mewah daripada yang dikaitkan dengan perkhemahan tradisional.

image is not available
Kredit: FB Pro Outdoor Gear / Nana Lin & Eirwen Kho

Ketahui juga acara-acara menarik yang bakal berlangsung di Sarawak pada tahun ini: