Tarikan Terbaru Di Waterfront, Skuter Elektrik ‘Beam’ Kini Mendarat Di Kuching

29 Dec 2022 • 8:15 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Terletak berhadapan dengan Grand Margherita Hotel

Tarikan Terbaru Di Waterfront, Skuter Elektrik ‘Beam’ Kini Mendarat Di Kuching. Beam, sebuah syarikat perkhidmatan “personal mobility” e-skuter dari Singapura sudah memulakan operasi cawangan pertamanya di Kuching.

image is not available
Tarikan Terbaru Di Waterfront, Skuter Elektrik ‘Beam’ Kini Mendarat Di Kuching. Sumber: makansiasitok

Difahamkan, ‘Beam’ memilih lokasi berhadapan dengan Grand Margherita Hotel, Kuching untuk operasi skuter elektrik ini.

Jadi, bolehlah bawa skuter ni meronda sekitar Waterfront malam-malam.

Cas yang dikenakan

Bagi skuter Beam ini, caj pertama ialah RM2.50 dan tambahan 30 sen untuk setiap minit. Kelajuan e-skuter itu dibataskan kepada 20 kmsj sahaja.

image is not available

Kadar harga penggunaan skuter elektrik yang lain adalah sebanyak RM0.50 ke RM0.65 seminit. Orang ramai boleh membuat anggaran untuk menggunakan skuter tersebut selama mana mereka mahu dan sistem pembayaran adalah secara atas talian sepenuhnya.

Jangan lupa untuk muat turun aplikasi ‘Beam’ terlebih dahulu

Rata-rata jenama skuter elektrik telah dilengkapi dengan sistem aplikasi yang boleh dihidupkan secara imbasan QR kod sahaja.

image is not available

Untuk menggunakannya, pelanggan perlu memuat turun aplikasi ‘Beam’ ke telefon pintar anda. Kemudian, anda perlu membuka Bluetooth dan data mobil dan masukkan info kad debit/kredit.

Lagi aktiviti menarik di sekitar Kuching: