Tarikh Akhir Permohonan Baharu, Rayuan & Kemas Kini STR 2026 Fasa 3

LocalPersonal Finance
13 Jun 2026 • 12:28 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Tarikh Akhir Permohonan Baharu, Rayuan & Kemas Kini STR 2026 Fasa 3

Tarikh Akhir Permohonan Baharu, Rayuan & Kemas Kini STR 2026 Fasa 3

Orang ramai yang masih belum membuat permohonan baharu, mengemukakan rayuan atau mengemas kini maklumat bagi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 dinasihatkan supaya segera berbuat demikian sebelum tarikh tutup yang ditetapkan.

Menerusi hebahan rasmi yang dikongsikan oleh @komunikasi_gov di laman Instagram, urusan berkaitan Fasa 3 STR 2026 secara dalam talian melalui Portal STR akan ditutup pada 15 Jun 2026 (Isnin).

Tarikh tersebut melibatkan tiga urusan utama iaitu permohonan baharu, rayuan serta kemas kini maklumat penerima sedia ada.

Semua urusan boleh dilakukan secara dalam talian menerusi Portal STR 2026 tanpa perlu hadir secara fizikal, sekali gus memudahkan proses permohonan dan pengemaskinian maklumat.

Cara membuat permohonan baru

  1. Bagi pengguna yang baru ingin memohon, anda boleh layari portal rasmi https://bantuantunai.hasil.gov.my dan klik pada laman utama MySTR 2026.

  • Kemudian, klik pada permohonan baharu.

  • Image from: Tarikh Akhir Permohonan Baharu, Rayuan & Kemas Kini STR 2026 Fasa 3
    1. Kemudian, klik butang ‘Ya, Teruskan’ untuk teruskan permohonan tanpa menggunakan MyDigital ID atau klik butang ‘Permohonan dengan MyDigital ID’ untuk meneruskan permohonan menggunakan MyDigital ID.

    Image from: Tarikh Akhir Permohonan Baharu, Rayuan & Kemas Kini STR 2026 Fasa 3
    1. Lengkapkan maklumat pemohon dan dokumen yang berkenaan.

  • Setelah permohonan berjaya dihantar, paparan berikut akan dipaparkan:

  • Image from: Tarikh Akhir Permohonan Baharu, Rayuan & Kemas Kini STR 2026 Fasa 3

    Cara kemaskini permohonan

    1. Layari portal rasmi STR di https://bantuantunai.hasil.gov.my.

    2. Log masuk menggunakan ID MyKad dan kata laluan MySTR.

  • Pilih menu “Kemas Kini Permohonan” dan perbetulkan maklumat seperti alamat, nombor telefon, akaun bank, pasangan, anak tanggungan dan waris.

  • Pastikan semua maklumat tepat sebelum menghantar permohonan.

  • Baca juga:

    Orang ramai juga boleh membuat permohonan baharu dan mengemas kini secara manual.

    Hantar ke mana-mana cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), Pejabat Satelit, atau Pusat Transformasi Bandar (UTC).

    Sertakan dokumen sokongan seperti salinan kad pengenalan, sijil lahir anak, penyata pendapatan dan penyata akaun bank.

    Sebarang pertanyaan lanjut dan maklumat berkaitan syarat kelayakan, kaedah permohonan serta soalan lazim (FAQ) boleh dirujuk menerusi portal rasmi https://bantuantunai.hasil.gov.my.

    Orang ramai turut boleh menghubungi talian bantuan HASiL di 1-800-88-2747 bagi mendapatkan penjelasan lanjut.

    Newswav Malaysia Best News App

    Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

    Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved