KLIMS 2026: Perodua Dedah Kereta Konsep C2, Bayangan Fasa Baharu EV Segmen-B Tempatan

LocalCars
12 Jun 2026 • 8:42 AM MYT
TW Media
TW Media

Gedung Info Permotoran

Image from: KLIMS 2026: Perodua Dedah Kereta Konsep C2, Bayangan Fasa Baharu EV Segmen-B Tempatan

KUALA LUMPUR, 11 Jun – Perodua secara rasminya telah membuka tirai babak kedua dalam fasa transformasi kenderaan elektriknya (EV) dengan memperkenalkan sebuah jentera konsep baharu yang dikenali sebagai Chapter 2 (C2) di Kuala Lumpur International Mobility Show 2026 (KLIMS 2026).

Menyasarkan inspirasi daripada generasi baharu Alpha dan Beta di dalam negara, model konsep C2 ini menampilkan falsafah gaya reka bentuk yang berbeza sepenuhnya, selain sarat dengan integrasi teknologi terbaharu. Apa yang membanggakan, model masa hadapan ini diterajui dan dicipta oleh barisan pereka muda dan berbakat tempatan dalam mencerminkan visi mobiliti mampan mereka.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Dato’ Sri Zainal Abidin Ahmad berkata, pengenalan C2 merupakan sebahagian daripada pelan jangka masa panjang plot penceritaan EV syarikat pengeluar kenderaan nasional tersebut.

“Ia mengembangkan naratif buatan Malaysia untuk dunia, seiring dengan usaha kami menambah baik pengalaman mobiliti untuk pelanggan kami,” jelas beliau ketika mengulas mengenai pelancaran model konsep berkenaan.

Sarat Teknologi AI & Integrasi Super App ‘P-Circle’

Image from: KLIMS 2026: Perodua Dedah Kereta Konsep C2, Bayangan Fasa Baharu EV Segmen-B Tempatan

Dari segi segmen, C2 merupakan sebuah kereta konsep dalam kategori segmen B. Bagi memenuhi jangkaan pemandu moden, ia dilengkapi dengan sistem bantuan pemanduan kecerdasan buatan (AI) yang komprehensif, merangkumi:

  • Sistem navigasi masa sebenar (real-time)
  • Sistem pengesanan lokasi stesen pengecasan EV
  • Kemas kini keadaan trafik semasa
  • Ciri keselamatan anti-curi yang dipertingkatkan
  • Sistem bantuan parkir kenderaan automatik

Bukan itu sahaja, Perodua turut membawa inovasi digital ke tahap lebih tinggi dengan menyepadukan super app P-Circle terus ke dalam sistem ekosistem kereta konsep ini. Melalui integrasi ini, pengguna bakal menikmati akses ekosistem yang lancar termasuk kemudahan e-wallet dan fungsi tempahan serta penghantaran alat ganti tulen Perodua.

Menurut Dato’ Sri Zainal, pengenalan C2 ini sebenarnya mewakili masa hadapan untuk integrasi mobiliti pintar yang holistik, selain bakal menjadi asas (blueprint) kepada pembangunan barisan model EV pengeluaran massa Perodua pada masa akan datang. Langkah mempamerkannya di KLIMS 2026 adalah platform terbaik untuk mendapatkan maklum balas terus daripada orang ramai bagi memastikan produk akhir menepati kehendak pasaran.

Evolusi Reka Bentuk Baharu

​Fasa reka bentuk C2 turut menyaksikan anjakan paradigma yang ketara buat Perodua, di mana bahas reka bentuknya adalah berbeza sama sekali berbanding model konsep EM-O (Electric Mobility-Concept) yang pernah dipertontonkan sebelum ini.

Orang ramai dan peminat tegar automotif tempatan dijemput hadir memeriahkan reruai Perodua sepanjang berlangsungnya KLIMS 2026 untuk melihat sendiri model konsep C2 ini secara dekat. Selain pameran kereta, Perodua turut menyediakan pelbagai tarikan interaktif canggih lain termasuk demonstrasi robot interaktif, pertunjukan dron, serta demonstrasi penuh fungsi aplikasi P-Circle untuk dicuba oleh para pengunjung.

The post KLIMS 2026: Perodua Dedah Kereta Konsep C2, Bayangan Fasa Baharu EV Segmen-B Tempatan appeared first on TW Media.