Rayuan STR boleh dilakukan jika permohonan STR (Sumbangan Tunai Rahmah) anda berstatus TIDAK LULUS/TIDAK LAYAK. Semakan dan rayuan STR boleh dilakukan melalui pautan: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
Untuk makluman, Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 4 telah mula disalurkan bermula 18 Oktober 2025 (Sabtu) secara berperingkat. Tarikh ini diawalkan seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri dalam Pembentangan Belanjawan 2026.
Bagi Permohonan Baharu dan Rayuan STR 2025 Fasa 4 pula, semakan status dan pembayaran akan dilakukan mulai 13 November 2025 secara berperingkat.
Rujuk cara semak status STR, rayuan STR, maksud status STR dan info lain yang berkaitan dalam perkongsian di bawah.
BACA JUGA: Semakan STR – Status Sumbangan Tunai Rahmah 2025/2026
Cara Semak Status STR 2025
Untuk mengetahui status permohonan, anda boleh membuat semakan status permohonan STR 2025 melalui beberapa kaedah rasmi:
- KAEDAH 1: Portal Rasmi STR. Layari https://bantuantunai.hasil.gov.my, log masuk ke akaun MySTR menggunakan nombor MyKad dan kata laluan, kemudian pilih menu “Semakan Status”. Status permohonan akan dipaparkan sama ada “Lulus”, “Tidak Lulus”, atau “Dalam Proses”.
- KAEDAH 2: Pejabat LHDNM. Hadir ke mana-mana cawangan LHDNM berdekatan untuk semakan secara manual
- KAEDAH 3: Hotline BKK. Hubungi 1-800-88-2747 (9.00 pagi – 5.00 petang).
- KAEDAH 4: Hotline MOF. Hubungi 03-8882 4565 / 4566 (9.00 pagi – 5.00 petang)
Atau, rujuk gambar di bawah:



Bayaran STR FASA 4 2025
Pembayaran STR 2025 Fasa 4 bagi Penerima Sedia Ada STR 2025 adalah seperti perincian berikut:
- Pengkreditan ke akaun bank Pemohon/Pasangan – mulai 18 Oktober 2025 secara berperingkat.
- Penunaian di Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) – mulai 21 Oktober 2025.
Penerima bayaran STR 2025 Fasa 4 merujuk kepada permohonan STR 2025 yang berstatus Lulus.
Bagi Permohonan Baharu dan Rayuan STR 2025 Fasa 4, semakan status dan pembayaran akan dilakukan mulai 13 November 2025 secara berperingkat.

Maksud Status STR 2025
Status STR merujuk kepada status permohonan dan pembayaran bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) tahun 2025.
Setelah anda membuat semakan dan mendapati permohonan anda berstatus LULUS, anda layak menerima bantuan tersebut.
Namun, sekiranya permohonan anda TIDAK LULUS atau TIDAK LAYAK, anda masih berpeluang untuk mengemukakan rayuan bagi mempertimbangkan semula kelayakan anda.
Berikut adalah antara soalan lazim berkenaan Status Permohonan Sumbangan Tunai Rahmah dan mengapa sebahagian daripada penerima tahun 2024 menerima status TIDAK LULUS bagi STR 2025:
MAKSUD STATUS PERMOHONAN DITERIMA
Apakah yang dimaksudkan dengan status Permohonan Diterima dan Dalam Proses?
Status Permohonan Diterima adalah merujuk kepada permohonan STR yang telah diterima dan akan melalui proses verifikasi mengikut tempoh permohonan dihantar. Permohonan tersebut masih dibenarkan untuk dikemas kini sehingga status permohonan ditukar kepada status Dalam Proses.
Status Dalam Proses pula adalah merujuk kepada permohonan STR yang telah diterima dan sedang dalam proses verifikasi kelayakan STR 2024.
MAKSUD STATUS LULUS
Apakah yang dimaksudkan dengan status Lulus?Status Lulus adalah merujuk kepada permohonan STR yang menepati syarat kelayakan selepas proses semakan verifikasi dilakukan.
MAKSUD STATUS TIDAK LULUS
Apakah yang dimaksudkan dengan status Tidak Lulus?Status Tidak Lulus adalah merujuk kepada permohonan STR yang tidak menepati syarat kelayakan selepas proses semakan verifikasi dilakukan.
APA PERLU BUAT JIKA STR 2025 TIDAK LULUS?
Apakah yang saya perlu lakukan sekiranya permohonan STR saya berstatus Tidak Lulus?Bagi permohonan yang Tidak Lulus, pemohon boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) Permohonan STR 2025 untuk mengenal pasti Alasan Tidak Lulus dan dokumen sokongan yang diperlukan semasa membuat Permohonan Rayuan STR.
Sila klik untuk Kod Alasan Tidak Lulus dan Senarai Dokumen Sokongan yang perlu dimuatnaik ke dalam sistem semasa permohonan secara dalam talian atau dikemukakan ke Pejabat HASiL / Pejabat Satelit (PS) / Urban Transformation Centre (UTC) HASiL bagi Permohonan Semakan Semula (Rayuan) secara Borang Kertas.
MAKSUD TIDAK LAYAK STR 2025
Saya membuat semakan pada Menu Semakan Status Permohonan dan paparan Status Permohonan adalah Tidak Layak. Apakah yang dimaksudkan dengan Tidak Layak?Sila hubungi pejabat HASiL berdekatan untuk mengetahui maklumat lanjut berkenaan Status Tidak Layak tersebut.
Langkah Selepas Status Tidak Lulus
Apa Perlu Dilakukan Sekiranya Status STR TIDAK LULUS/TIDAK LAYAK:
1.Sediakan Dokumen Sokongan:
Pastikan semua dokumen berkaitan dikemaskini dan lengkap bagi menyokong permohonan rayuan anda.
2. Semak Alasan Tidak Lulus:
Alasan tidak lulus boleh disemak di portal MySTR pada bahagian “Semakan Status”. Setiap permohonan yang tidak lulus akan diberikan kod atau sebab penolakan tertentu.
3. Permohonan Rayuan:
Pemohon yang berstatus “Tidak Lulus” boleh membuat rayuan dalam tempoh yang akan diumumkan secara rasmi. Rayuan boleh dibuat secara online melalui portal STR atau secara manual di pejabat LHDNM dengan mengemukakan borang dan dokumen sokongan yang diperlukan.
Tarikh Bayaran Permohonan Baru & Rayuan STR Fasa 4 2025

Bagi Permohonan Baharu dan Rayuan STR 2025 Fasa 4, semakan status dan pembayaran akan dilakukan mulai 13 November 2025 secara berperingkat.
Permohonan Rayuan STR dibuka khusus untuk pemohon yang menerima status “Tidak Lulus” atau permohonan ditolak bagi Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
Rayuan STR memberi peluang kedua kepada pemohon untuk mengemukakan maklumat terkini atau dokumen sokongan tambahan bagi membuktikan kelayakan mereka.
Cara Buat Rayuan STR
Permohonan rayuan boleh dibuat secara dalam talian ATAU melalui borang kertas secara manual di kaunter LHDNM.
Secara Dalam Talian (Online):
- Layari portal rasmi STR di https://bantuantunai.hasil.gov.my.
- Log masuk ke akaun MySTR anda menggunakan nombor MyKad dan kata laluan.
- Pilih menu “Permohonan Rayuan” apabila tempoh rayuan dibuka.
- Lengkapkan maklumat yang diperlukan dan muat naik dokumen sokongan yang relevan.
Secara Manual di Kaunter LHDNM:
- Hadir ke mana-mana cawangan LHDNM, Pejabat Satelit (PS), atau Pusat Transformasi Bandar (UTC).
- Dapatkan borang Permohonan Rayuan STR 2025 (BK-01) secara percuma di kaunter atau muat turun dari portal rasmi STR.
- Isi borang dengan lengkap dan sediakan dokumen sokongan.
- Serahkan borang dan dokumen di kaunter. Penghantaran melalui e-mel tidak diterima
NOTA:
Permohonan Semakan Semula (Rayuan) STR 2025 secara dalam talian boleh dibuat oleh semua pemohon yang berstatus Tidak Lulus, kecuali bagi permohonan yang berstatus Kod Duplikasi dan Kod 32 – Permohonan Dari Luar Negara. Permohonan rayuan bagi Kod Duplikasi dan Kod 32 hanya boleh dibuat secara manual di kaunter LHDNM.
- Kod Duplikasi: Merujuk kepada permohonan yang didapati berganda (lebih daripada satu permohonan atas nama sama).
- Kod 32 – Permohonan Dari Luar Negara: Merujuk kepada permohonan yang dibuat dari luar Malaysia.
Dokumen Diperlukan
Berikut ialah alasan Tidak Lulus STR dan Dokumen Sokongan yang diperlukan semasa membuat Permohonan Rayuan STR:







Rayuan STR Fasa 4
Rayuan STR 2025 untuk Fasa 4 telah dibuka kepada pemohon yang berstatus “Tidak Lulus” dalam tempoh yang telah ditetapkan oleh LHDNM, iaitu dari 2 Januari hingga 30 September 2025. Ini bermaksud tempoh permohonan rayuan STR Fasa 4 2025 sudah DITUTUP.
Pembayaran untuk rayuan STR Fasa 4 dan juga permohonan baru akan mula dibuat secara berperingkat bermula 13 November 2025 sama ada secara pengkreditan terus ke akaun bank atau penunaian di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).
Bila Rayuan STR Masuk?
Dah buat rayuan, dan tertanya-tanya bila rayuan STR Masuk?
Pembayaran bagi pemohon yang membuat Rayuan STR 2025 serta permohonan baru untuk fasa 4 (akhir), akan disalurkan secara berperingkat pada 13 NOVEMBER 2025.
Pembayaran Fasa 4 bagi yang berstatus lulus pula telah pun mula dikreditkan pada 18 Oktober 2025 secara berperingkat.
Penerima rayuan yang diluluskan hanya akan menerima bayaran bermula fasa kelulusan tersebut dan seterusnya, mengikut kategori kelayakan masing-masing. Ini bermakna, anda akan menerima bayaran untuk Fasa 4 sahaja.
Permohonan Baru & Kemas Kini STR Tahun 2026 (Fasa 1)
Jangan terlepas permohonan baru dan kemaskini STR untuk Fasa 1 tahun hadapan, 2026.
Tempoh permohonan STR adalah sepanjang tahun mulai 13 Oktober 2025.
Tapi jangan silap pula, untuk mendapatkan bayaran Fasa 1 2026, permohonan baru dan kemaskini perlu dilakukan dalam tempoh 13 Oktober 2025 sehingga 28 November 2025.
Permohonan STR yang tidak dikemas kini selama 3 tahun berturut – turut perlu mengemas kini permohonan STR 2026.

Soalan Lazim – Status TIDAK LULUS STR 2025 & Rayuan
Bilakah permohonan Semakan Semula (Rayuan) boleh dilakukan?Permohonan Semakan Semula boleh dilakukan sepanjang tahun setelah keputusan permohonan dipaparkan.
Siapakah yang layak membuat Permohonan Rayuan STR 2025?Rayuan STR 2025 hanya untuk pemohon yang telah memohon STR 2025 tetapi menerima keputusan “Tidak Lulus”.
Pemohon perlu membuat rayuan dalam tempoh yang diumumkan dan mengemukakan dokumen sokongan jika diperlukan.
Jika permohonan tidak wujud dalam sistem, pemohon perlu membuat permohonan baharu, bukan rayuan
Permohonan Rayuan STR secara dalam talian boleh dibuat dengan Log Masuk pada menu MySTR > Permohonan Semakan Semula.
Log masuk MySTR memerlukan ID dan Kata Laluan yang telah didaftarkan sebelum ini. Sekiranya masih belum mendaftar MySTR, rujuk Soalan Lazim (FAQ) Pendaftaran MySTR bagi kaedah pendaftaran MySTR di Portal Rasmi STR, https://bantuantunai.hasil.gov.my
Ya. Dokumen sokongan diperlukan bergantung kepada Alasan Tidak Lulus STR 2025. Rujuk Soalan 72 bagi senarai dokumen mengikut Alasan Tidak Lulus.
Saya telah membuat Permohonan Rayuan STR 2025 secara dalam talian tetapi terdapat kesilapan maklumat semasa mengisi permohonan rayuan. Adakah saya masih boleh membuat kemas kini rayuan secara dalam talian?Kemas kini Permohonan Rayuan STR secara dalam talian boleh dibuat selagi permohonan rayuan masih belum diproses oleh pegawai LHDNM. Sekiranya Permohonan Rayuan STR telah diproses oleh pegawai LHDNM, kemas kini Permohonan Rayuan STR boleh dibuat secara manual di kaunter Pejabat LHDNM.
Dokumen pembuktian pengenalan adalah tidak diperlukan. Semakan pengenalan akan dilakukan secara terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF). Permohonan Rayuan STR boleh dibuat secara dalam talian tanpa memuat naik atau mengemukakan sebarang dokumen sokongan.
Saya Tidak Lulus kerana maklumat pengenalan Pasangan / Anak berbeza dengan data agensi melibatkan maklumat Pengenalan. Apakah dokumen yang perlu dikemukakan semasa Permohonan Rayuan STR 2025?Dokumen pembuktian pengenalan adalah tidak diperlukan bagi pengesahan pengenalan. Semakan pengenalan akan dilakukan secara terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF).
Permohonan Rayuan STR boleh dibuat secara dalam talian tanpa memuat naik atau mengemukakan sebarang dokumen sokongan.
Walau bagaimanapun sekiranya maklumat Nombor Pengenalan Pasangan / Anak yang sebenar tidak sama pada maklumat Borang Permohonan STR 2025 dokumen pengenalan Pasangan / Anak seperti di bawah perlu dikemukakan bagi tujuan pengesahan.
a. Dokumen asal / salinan pengenalan Pasangan:
i. MyKad
ii. MyPR
b. Dokumen asal / salinan pengenalan Pasangan
i. MyKad / MyKid Anak; dan
ii. Sijil Lahir Anak / Sijil Daftar Anak Angkat (bagi pengesahan hubungan pertalian)
Dokumen pembuktian pendapatan pemohon / pasangan adalah tidak diperlukan. Semakan pendapatan akan dilakukan terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF). Permohonan Rayuan STR boleh dibuat secara dalam talian tanpa memuat naik atau mengemukakan sebarang dokumen sokongan.
Permohonan STR saya berstatus tidak lulus disebabkan kod alasan pendapatan dan saya tidak mengemukakan permohonan rayuan. Adakah permohonan STR saya akan diproses bagi semakan kelayakan?Ya, semua permohonan STR yang berstatus tidak lulus disebabkan kod alasan pendapatan akan diproses pada Fasa seterusnya secara automatik bedasarkan data agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF).
Adakah saya perlu mengemukakan dokumen maklumat perniagaan pemohon / pasangan agar Permohonan Rayuan STR 2025 saya dipertimbangkan?Tidak perlu sebarang pembuktian maklumat pemilikan perniagaan bagi pemohon di Semenanjung. Semakan akan dilakukan terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF). Permohonan Rayuan STR boleh dibuat secara dalam talian tanpa memuat naik atau mengemukakan sebarang dokumen sokongan. Bagi pemohon Sabah dan Sarawak perlu kemukakan Dokumen Tamat Perniagaan sehingga tarikh semasa.
Saya merupakan Pemegang Saham tetapi syarikat berkenaan berstatus tidak aktif. Saya juga sudah tidak berhubung dengan Pengarah Syarikat berkenaan. Adakah saya layak untuk membuat Permohonan Rayuan STR 2025?Permohonan Rayuan STR boleh dibuat secara dalam talian tanpa memuat naik atau mengemukakan sebarang dokumen sokongan. Semakan status terkini syarikat akan dilakukan terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF).
Permohonan STR 2025 saya Tidak Lulus kerana memiliki perniagaan. Perniagaan saya dijalankan oleh anak saya. Apakah dokumen yang boleh dikemukakan semasa Permohonan Rayuan STR?Permohonan Rayuan STR boleh dibuat secara dalam talian tanpa memuat naik atau mengemukakan sebarang dokumen sokongan. Semakan akan dilakukan terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF).
Permohonan STR 2025 saya Tidak Lulus berkenaan status pemilikan kenderaan melebihi had kemampuan golongan berpendapatan rendah (B40). Sekiranya kenderaan tersebut diperolehi hasil daripada cabutan bertuah / hadiah daripada peraduan / majikan, adakah saya perlu mengemukakan sebarang dokumen sokongan semasa tempoh Permohonan Rayuan STR?Tidak. Semakan akan dilakukan terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF).
Permohonan STR 2025 saya Tidak Lulus disebabkan memiliki kenderaan melebihi kelayakan tetapi kenderaan tersebut telah hilang / dicuri dan laporan polis juga telah dibuat, adakah saya perlu mengemukakan sebarang dokumen sokongan semasa tempoh Permohonan Rayuan STR?Sebarang pengemukaan dokumen sokongan adalah tidak diperlukan. Semakan akan dilakukan terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)
Saya Tidak Lulus disebabkan pemilikan kenderaan Pemohon / Pasangan melebihi had kemampuan golongan berpendapatan rendah (B40). Apakah kriteria bagi kenderaan tersebut?Kriteria pemilikan kenderaan Pemohon / Pasangan melebihi had kemampuan bagi golongan berpendapatan rendah (B40) adalah seperti berikut:
a. Memiliki kenderaan mewah dan tahun buatan kurang daripada 10 tahun;
b. Memiliki kenderaan (tidak termasuk motosikal) melebihi 3 buah dan tahun buatan kurang daripada 15 tahun;
c. Memiliki kenderaan (tidak termasuk motosikal) melebihi 5 buah kereta dan tidak mengambil kira tahun buatan;
d. Memiliki kenderaan (tidak termasuk motosikal) yang berkapasiti enjin melebihi 2,000 cc dan tahun buatan kurang 10 tahun;
e. Data pemilikan kenderaan (tidak termasuk motosikal) yang berkapasiti enjin melebihi 1,600 cc dan tahun buatan kurang daripada 5 tahun;
f. Data pemilikan motosikal yang berkapasiti enjin melebihi 300 cc dan tahun buatan kurang 5 tahun; g. Data pemilikan motosikal melebihi 7 buah motosikal dan tahun buatan kurang 10 tahun;
h. Data pemilikan kenderaan bagi bahan bakar hibrid berumur kurang 3 tahun;
i. Data pemilikan kenderaan (kecuali motosikal) bagi bahan bakar elektrik dan tidak mengambil kira tahun buatan.
Tidak. Semakan akan dilakukan terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF). Permohonan Rayuan STR boleh dibuat secara dalam talian tanpa memuat naik atau mengemukakan sebarang dokumen sokongan
Saya Tidak Lulus kerana tidak melepasi syarat kelayakan bagi Kategori Bujang. Apakah kriteria bagi alasan Tidak Lulus tersebut?Kriteria bagi permohonan Tidak Lulus kerana tidak melepasi syarat kelayakan bagi Kategori Bujang adalah seperti berikut:
a. Pemohon bujang berumur 20 tahun dan ke bawah atau pemohon bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 18 tahun dan ke bawah; atau
b. Tiada data di Jabatan Kemajuan Masyarakat (JKM) sebagai OKU bagi pemohon yang berumur 19 tahun – 20 tahun; atau
c. Pemohon wujud sebagai pelajar sepenuh masa
Anda boleh membuat Permohonan Rayuan STR sekiranya berumur 21 tahun dan ke atas atau 19 tahun dan ke atas bagi pemohon berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Semakan status Orang Kurang Upaya (OKU) akan dilakukan secara terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF); atau dokumen pembuktian yang boleh dikemukakan adalah seperti berikut:
a. Salinan Kad Orang Kurang Upaya (OKU) yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi pemohon yang berumur 19 tahun dan ke atas
b. Dokumen pembuktian tamat belajar bagi tahun 2023 / 2024 bagi pemohon berumur 21 tahun dan ke atas; atau
c. Dokumen pembuktian Belajar Separuh Masa bagi sesi 2023 / 2024 bagi pemohon berumur 21 tahun dan ke atas.
Tidak. Walau bagaimanapun maklumat anda boleh didaftarkan sebagai anak di permohonan ibu bapa. Sekiranya anda merupakan pelajar bagi mod pengajian separuh masa, anda boleh membuat Permohonan Rayuan STR dengan mengemukakan dokumen pembuktian belajar separuh masa bagi sesi 2024 / 2025 bagi pemohon berumur 21 tahun dan ke atas.
Tidak. Permohonan Rayuan STR secara Dalam Talian tidak dibenarkan bagi alasan tidak lulus tersebut
Saya Tidak Lulus kerana semakan rekod agensi mendapati pemohon / pasangan memiliki kediaman melebihi syarat kelayakan. Apakah kriteria pemilikan kediaman bagi kod alasan tersebut?Kriteria had kemampuan pemohon / pasangan memiliki kediaman melebihi syarat kelayakan adalah seperti berikut:
a. Wujud 3 atau lebih kediaman berdasarkan semakan akaun bil elektrik dengan agensi Kerajaan berkaitan; atau
b. Wujud 6 atau lebih kediaman Kampung House berdasarkan semakan akaun bil elektrik dengan agensi Kerajaan berkaitan.
Dokumen pembuktian yang perlu dikemukakan oleh anda adalah perjanjian sewa rumah. Anda perlu mengemukakan dokumen pindah milik / penjualan rumah / cukai tanah / cukai pintu sekiranya berkenaan semasa membuat Permohonan Rayuan STR.
Saya telah Lulus Permohonan STR dengan pendapatan Isi Rumah melebihi RM2,501, walau bagaimanapun pasangan saya telah berhenti kerja. Adakah saya boleh membuat Permohonan Rayuan Tambahan bagi perubahan pendapatan?Ya. Anda dibenarkan untuk membuat Permohonan Rayuan Tambahan disebabkan berlaku perubahan pendapatan Isi Rumah. Dokumen pembuktian pendapatan pemohon / pasangan adalah tidak diperlukan. Semakan pendapatan akan dilakukan terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan (MOF). Permohonan Rayuan STR boleh dibuat secara dalam talian tanpa memuat naik atau mengemukakan sebarang dokumen sokongan.
Saya telah Lulus Permohonan STR 2025 tetapi maklumat anak saya adalah tidak layak kerana tidak melepasi syarat kelayakan umur lebih dari 19 tahun sebagai pelajar sepenuh masa sedangkan anak saya masih lagi belajar. Adakah saya masih boleh membuat Permohonan Rayuan Tambahan bagi mengekalkan maklumat anak tersebut?Ya. Rayuan Tambahan STR boleh dilakukan dengan mengemukakan dokumen pembuktian belajar sepenuh masa anak bagi sesi 2024 / 2025.
Permohonan STR saya telah Lulus, walau bagaimanapun maklumat anak saya tidak layak kerana anak mempunyai pendapatan berdasarkan semakan agensi. Adakah saya masih boleh membuat Permohonan Rayuan Tambahan bagi anak tersebut sekiranya beliau tidak lagi bekerja?Ya. Rayuan Tambahan boleh dilakukan tanpa sebarang dokumen pembuktian, semakan akan dilakukan terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF).
MUAT TURUN PDF SOALAN LAZIM DI BAWAH:
FAQ PERMOHONAN STR 2025Muat TurunSoalan Lazim Rayuan STR
Bila bayaran STR Rayuan 2025?Bayaran STR Rayuan 2025 akan disalurkan bersama pembayaran STR Fasa 3, yang dijadualkan bermula Ogos 2025 dan dikreditkan secara berperingkat ke akaun penerima mengikut jadual rasmi yang diumumkan oleh kerajaan
Bila STR masuk 2025?Tarikh jadual STR 2025 bayaran bagi Fasa 1, 2, 3 dan 4 bagi tahun 2025 adalah :
Fasa 1 : 22 Januari 2025.
Fasa 2 : 24 Mac 2025.
Fasa 3 : 12 Ogos 2025.
Fasa 4 : 18 Oktober 2025. Rayuan dan permohonan baru akan menerima bayaran bermula 13 November 2025.
Bayaran STR Fasa 4 bagi kategori bujang untuk tahun 2025 adalah sebanyak RM150. Jumlah ini adalah sebahagian daripada keseluruhan peruntukan STR bujang tahun 2025 iaitu RM600 setahun,
Kenapa STR tak masuk?Bayaran STR mungkin belum masuk kerana permohonan anda belum lulus, maklumat akaun bank tidak lengkap atau tidak dikemaskini, pembayaran belum dibuat (akan dibuat secara berperingkat mengikut fasa) atau terdapat masalah data seperti akaun bank tidak aktif.
Untuk tindakan, semak status permohonan di portal rasmi STR dan kemaskini maklumat jika perlu, atau tuntut bayaran tunai di BSN jika tiada akaun bank.
Kerajaan melalui Kementerian Kewangan telah membuat pengumuman rasmi bahawa bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 telah dikreditkan ke dalam akaun penerima bermula 18 Oktober 2025.
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang bantuan lanjut, sila hubungi Pejabat LHDNM yang berdekatan anda.
Atau, layari laman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah(STR) di pautan berikut: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
BACA JUGA:



