TasteAtlas Nobatkan Kari Ayam Malaysia Antara 50 Stew Terbaik Dunia

Entertainment
26 Apr 2025 • 11:17 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sebuah platform makanan dalam talian iaitu TasteAtlas telah menobatkan kari ayam Malaysia sebagai stew terbaik di dunia dalam Senarai 50 Stew Terbaik bagi edisi April 2025.

TasteAtlas mengumumkan perkara tersebut menerusi Facebook baru-baru ini.

image is not available

Menerusi senarai tersebut, dapat dilihat Kari Ayam Malaysia berada di tempat pertama diikuti dengan Phanaeng Curry dari Thailand di tempat kedua.

Turut berada di dalam senarai tersebut ialah Kare (Kari Jepun), Chicken Tikka Masala, Sichuan Hot Pot and Kimchi Jjigae dari Korea Selatan.

Namun, meninjau ke ruangan komen perkongsian Facebook tersebut, ada warganet yang mengatakan ada makanan yang disenaraikan dalam senarai stew terbaik itu bukanlah berada dalam kategori stew.

Apa-apa pun, kari ayam Malaysia memang sedap, lebih-lebih lagi kalau makan dengan roti jala kan.

image is not available

Sumber:

Sumber:

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.