Tat Meng Sah Tinggalkan Team LZJ

6 Dec 2024 • 5:46 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Tat Meng Sah Tinggalkan Team LZJ

KUALA LUMPUR, 6 Disember (Bernama) — Pasukan Lee Zii Jia (Team LZJ) mengesahkan Pengarah Kejurulatihannya Wong Tat Meng akan meninggalkan pasukan berkenaan untuk meneruskan fasa baharu dalam kerjaya kejurulatihannya.

Team LZJ dalam kenyataan hari ini memaklumkan Tat Meng akan meneruskan khidmatnya bersama pasukan hingga kontraknya berakhir secara rasmi pada 31 Dis ini, dan sedang mempersiapkan Zii Jia untuk kejohanan Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) akan datang.

“Sejak menyertai pasukan pada Julai 2023, Tat Meng telah memainkan peranan penting dalam membantu Zii Jia kembali ke dalam kelompok 10 terbaik dunia, memenangi gelaran dan membawa pulang pingat gangsa Olimpik Paris 2024.

“Kami mengucapkan terima kasih kepada Tat meng atas kerja keras, dedikasi dan paling penting, kebijaksanaan dan bimbingannya sepanjang masa bersama Team LZJ,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, Team LZJ memaklumkan pihaknya akan melantik pengganti Tat Meng dan pengumuman akan dibuat dalam masa terdekat.

“Pasukan kami juga sedang bersiap sedia untuk permulaan musim 2025, dengan mengingati kitaran Olimpik seterusnya,” menurut kenyataan itu.

Sumber: Bernama

The post Tat Meng Sah Tinggalkan Team LZJ appeared first on Siakap Keli.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved