“Tatih-tatih” – Pramugari Bergurau Bantu Penumpang Masuk Kapal Terbang, Buat Netizen Terhibur

Entertainment
19 May 2023 • 1:24 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Pramugari atau anak kapal antara pekerjaan yang memerlukan kesabaran tinggi kerana mereka perlu melayan kerenah penumpang kapal terbang. Namun, jika mereka betul-betul bekerja dengan baik maka penumpang akan rasa jauh lebih selesa

Itulah yang berlaku baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok perkongsian @aliabangs4 yang memaparkan seorang pramugari tempatan bergurau manja dengan seorang penumpang yang dibantunya dengan mengajak wanita tersebut bertatih.

@aliabangs4

I love to make my pax smiling

♬ Funny – Gold-Tiger

“Saya suka buat penumpang saya tersenyum,” tulisnya ringkas di ruangan kapsyen.

Dalam video yang dimuat naik oleh pramugari itu sendiri, difahamkan penumpang itu merupakan individu yang berkerusi roda dan pramugari tersebut membantunya berjalan untuk memasuki kapal terbang dengan lebih selamat dan mudah.

“Comel sangat, tersenyum je tengok”

Perkara itu sudah pastinya menarik perhatian ramai netizen dan rata-rata memuji sikap positifnya dalam menghiburkan penumpang, apatah lagi seperti kita sedia maklum tugas seorang pramugari sangat berat dan memenatkan.

image is not available

Kalau kerja macam ni, semua orang pun happy! Semoga akak pramugari ni dimurahkan rezeki!

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.