Tau-tau Je Dah Kena Hentam

LocalCars
25 Apr 2024 • 8:57 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Tangkap layar ketika sebuah lori menghentam sebuah kereta. - gambar media sosial

Seorang pemandu kereta masih tenang dan tidak panik biarpun sebuah lori tanah melanggar keretanya selepas gagal berhenti dalam kesesakan jalan raya.

Melalui satu rakaman papan pemuka yang tular di media sosial, tidak langsung kedengaran suara pemandunya, hanya kedengaran bunyi rempuhan dan tidak lama kemudian bunyi brek tangan ditarik.

Dalam kejadian di jejantas masuk ke Kampung Labu Lanjut, Jalan Labohan Dagang, menuju ke KLIA, Sepang kira-kira jam 9.50 pagi tadi, kelihatan lori yang melanggar kenderaan mangsa, menyeretnya ke pembahagi jalan, sebelum lori itu berhenti beberapa meter di hadapan.

Tidak diketahui sama ada brek lori yang tidak makan atau pemandunya tidak perasan keadaan trafik mulai sesak sebelum kejadian. – Getaran, 25 April 2024

@getaranmy Kejadian berlaku di jejantas masuk ke Kampung Labu Lanjut, Jalan Labohan Dagang, menuju ke KLIA, Sepang pada Khamis pagi. - 25 April 2024 #getaranmy #kemalangan ♬ original sound - Getaran