Taufiq ambil tanggungjawab! Akui ‘communication breakdown’ cetus polemik Azizulhasni

LocalPolitics
1 Sep 2026 • 3:26 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq Johari mengakui berlaku sedikit kelompangan komunikasi antara pihak berkaitan yang menyebabkan polemik membabitkan Datuk Azizulhasni Awang tercetus.

Tak boleh pick side siapa salah siapa betul

Memetik laporan daripada Malaysia Gazette, beliau menyatakan perkara itu bagaimanapun telah diselesaikan secara dalaman bersama Majlis Sukan Negara (MSN), Institut Sukan Negara (ISN) dan pihak berkaitan.

Taufiq berkata, beliau sengaja mengambil pendekatan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan dalam tempoh dua hingga tiga hari selepas isu berkenaan tercetus kerana mahu mencari jalan penyelesaian terbaik.

“Sebagai pemimpin sudah pasti kita nak mencari jalan tengah. Kita nak mencari yang terbaik.
“Kita tidak boleh pick side ataupun kita tidak boleh memilih siapa yang betul dan siapa yang salah,” katanya pada sidang media di Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
Image from: Taufiq ambil tanggungjawab! Akui ‘communication breakdown’ cetus polemik Azizulhasni

Foto: KBS Malaysia

 

Pada 4 Ogos lalu, Azizulhasni setibanya ke tanah air di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Sukan Komanwel Glasgow 2026 berkata, atlet berkenaan menyerahkan kepada MSN dan KBS untuk menentukan langkah seterusnya.

Telah arah MSN nilai keputusan Azizulhasni teruskan misi

Dalam pada itu, Taufiq memaklumkan, pada 13 Ogos beliau telah mengarahkan MSN menilai perkara itu dan keputusan dibuat supaya Azizulhasni meneruskan misi mewakili negara ke Sukan Olimpik Los Angeles 2028 (LA28).

“Pada 13 Ogos lalu arahan saya dikeluarkan, kemudian surat tawaran itu dikeluarkan dua hari lepas. Mungkin ada kelompangan waktu tersebut yang menyebabkan beberapa perkara dan isu ini berbangkit,” katanya.

Amibl tanggungjawab atas sedikit salah faham

Beliau mengakui cara beliau mengambil tanggungjawab mungkin mempunyai sedikit salah faham dari segi komunikasi, namun menegaskan perkara itu telah diselesaikan.

“Saya mengambil tanggungjawab terhadap sebarang kelemahan komunikasi dan berjanji memastikan perkara sama tidak berulang,” katanya lagi.
Image from: Taufiq ambil tanggungjawab! Akui ‘communication breakdown’ cetus polemik Azizulhasni

Foto: KBS Malaysia

Sumber: Malaysia Gazette (Nizam Zain)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved