Atikah Suhaime teruja suami hadiahkan kereta terpakai, dedah tiada lesen pula!

Cars
19 May 2024 • 5:46 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon kelahiran Singapura, Datin Atikah Suhaime teruja apabila suami, Datuk Lokman Teh telah menghadiahkan sebuah kereta mewah terpakai (second hand) kepadanya, baru-baru ini.

Meskipun Atikah menerima kereta terpakai, namun dia tetap bersyukur dengan pemberian suaminya yang merupakan seorang usahawan.

Atikah Suhaime teruja suami hadiahkan kereta

Menerusi hantaran dimuat naik di media sosial, pemilik nama Nur Atikah Mohd Suhaime, 33, teruja apabila suaminya menghadiahkan kereta mewah jenama Range Rover tersebut meskipun ia hanya terpakai.

“Suami saya belikan sebuah kereta second hand. Alhamdulillah,”kongsinya.

image is not available

Kongsi Atikah lagi, dia gigih mencantikkan kereta tersebut supaya kelihatan baharu terutama pada bahagian luar kenderaan.

“Suami belikan sebuah kereta second hand, jadi saya bawa pegi ‘facial’. Iyalah, kalau kulit saya licin, permukaan kereta pun kena licin juga dan kecilkan pori-pori.
“Bawa pergi polishing and coating kalau nak kereta nampak seperti baru,”kongsinya lagi.

image is not available

image is not available

Alamak! Tiada lesen kereta pula

Paling menarik perhatian apabila pelakon drama Bila Hati Berbicara gandingan bersama aktor Syafiq Kyle mengakui dirinya tidak mempunyai lesen memandu sehingga kini.

Bagaimanapun, dia berseloroh dengan mengatakan dia bernasib baik kerana mempunyai suami yang boleh memandu kenderaan.

“Masalahnya satu sahaja, saya tidak ada lesen kereta.
“Nasib ada suami tolong pandukan,” ujarnya ringkas.

image is not available

Tetap rendah diri walaupun dah Datin

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen tumpang gembira malah menyifatkan Atikah sangat merendah diri.image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available

Buat lesen cepatimage is not available image is not available image is not available image is not available

Memang layak dapat kereta!

image is not availableSebelum ini, Atikah memberitahu dirinya tidak kisah sekiranya dikongkong oleh Lokman namun haruslah menerima layanan istimewa dan dimanjakan oleh suami.

Untuk rekod, Atikah dan Lokman selamat mendirikan rumah tangga dalam sebuah acara tertutup pada 21 Januari lalu.

Sumber: TikTok @atikahsuhaimeeee