Tawar Perkhidmatan Sewa Kereta Dari Singapura-Malaysia Secara Haram, 22 Pemandu Ditahan

LocalCars
15 Jul 2025 • 11:00 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Gara-gara menawarkan khidmat kereta sewa secara haram, seramai 22 pemandu ditahan polis di dua lokasi berasingan di Singapura, baru-baru ini.

Malah, mereka juga didapati menawarkan khidmat ulang-alik dari Singapura ke Malaysia namun status warganegara mereka tidak didedahkan.

Sementara itu, Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) menyatakan para pemandu itu ditangkap pada Jumaat lalu di Lapangan Terbang Changi dan Taman di Pesisiran.

LTA menekankan ia akan terus mengambil tindakan tegas terhadap perkhidmatan haram sedemikian.

Pesalah menghadapi denda sehingga S$3,000 dan/atau hukuman penjara enam bulan.

Kenderaan mereka juga mungkin dirampas.