Tawaran 50% Diskaun Saman Trafik Di Plaza Merdeka Untuk Hari Ini Dan Esok

24 Sep 2022 • 9:11 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

[HEBAHAN] Jelajah Kehakiman: Tawaran Diskaun Saman PDRM 50%.

Tawaran 50% Diskaun Saman Trafik Di Plaza Merdeka Untuk Hari Ini Dan Esok. Diskaun 50 peratus untuk saman trafik untuk Jelajah Kehakiman bertempatkan di Plaza Merdeka bermula pada hari ini 24 September 2022.

Untuk pengetahuan anda, pembayaran saman ini hanya boleh dibuat di tapak acara, iaitu di Plaza Merdeka dan juga di Pejabat Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Kuching.

image is not available
Tawaran 50% Diskaun Saman Trafik Di Plaza Merdeka Untuk Hari Ini Dan Esok. Sumber: FB Plaza Merdeka

Tawaran 50% Diskaun Saman Trafik Di Plaza Merdeka Untuk Hari Ini Dan Esok

Acara Jelajah Kehakiman sekali gus diskaun pembayaran saman ini hanya tersedia bermula pada pukul 10 pagi hingga 6.00 petang, untuk 24 September 2022 dan 25 September 2022.

Diskaun 50 peratus hanya digunakan untuk semua jenis saman kecuali:

  • Saman lampu isyarat merah
  • Saman kemalangan
  • Saman menggunakan lorong kecemasan
  • Saman ubahsuai ekzos
  • Saman memotong di garisan berkembar
  • Saman memotong cara bahaya
  • Saman bicara mahkamah (bertanda -‘M’)
  • Saman melibatkan M/lori (bertanda -‘^’
  • Saman No Compound (N/C)

Tempoh diskaun ini dilaksanakan susulan memberi peluang kepada orang ramai menyelesaikan tunggakan dengan pengurangan nilai saman.

image is not available

Lagi artikel semasa anda boleh baca pautan di bawah: