Rebut Tawaran 50% Diskaun Bayaran Saman Sempena Hari Malaysia Di IPD Bintulu

16 Sep 2022 • 9:54 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Jom lunaskan saman, 50% diskaun

Rebut Tawaran 50% Diskaun Bayaran Saman Sempena Hari Malaysia Di IPD Bintulu. Saban tahun pasti ada pengguna jalan raya melakukan kesalahan lalu disaman dan semestinya mereka akan menangguh melangsaikan saman tersebut atas sebab tertentu.

Orang ramai diseru supaya mengambil peluang membayar tunggakan saman susulan diskaun 50 peratus yang ditawarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sempena Sambutan Hari Malaysia Peringkat Negeri Sarawak.

Dengan kerjasama Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) IPK Sarawak dan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) IPD Bintulu, Program Pembukaan Kaunter Diskaun Saman ini berlangsung pada 16 dan 17 September bermula jam 9 pagi hingga 4 petang.

image is not available
Rebut Tawaran 50% Diskaun Bayaran Saman Sempena Hari Malaysia Di IPD Bintulu. Kredit foto: FB PDRM Bintulu

Sembilan saman terkecuali daripada diskaun yang diberikan

Program yang berlangsung di Pejabat Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Bintulu itu menawarkan pengurangan bayaran saman trafik sehingga 50 peratus bagi semua saman KECUALI :-

  1. Saman lampu isyarat merah
  2. Saman kemalangan
  3. Saman menggunakan lorong kecemasan
  4. Saman ubahsuai ekzos
  5. Saman memotong di garisan berkembar
  6. Saman memotong secara bahaya
  7. Saman bicara mahkamah (bertanda – ‘m’)
  8. Saman melibatkan M/Lori (bertanda – ‘^’)
  9. Saman non-compound (N/C)

Diskaun bagi bayaran saman sehingga 50 peratus adalah menigkut terma dan syarat meliputi trafik di seluruh Malaysia.

image is not available
Gambar Hiasan. Kredit foto: Bernama

Orang ramai yang ingin membuat pembayaran digalakkan membuat semakan awal terlebih dahulu di mana-mana Balai Polis Trafik berhampiran tentang butiran saman yang boleh mendapat diskaun seperti yang dinyatakan.

Justeru, marilah kita menunaikan tanggungjawab sebagai pengguna jalan raya melunaskan tunggakan saman sementara peluang menarik yang diberikan ini masih ada.

Ketahui Program AMANITA dilancarkan untuk bantu polis banteras jenayah, baca di sini: