Tawaran Istimewa Zoo Negara Malaysia Sempena Ramadan 2025

LocalSales & Promo
5 Mar 2025 • 5:27 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Tawaran Istimewa Zoo Negara Malaysia Sempena Ramadan 2025

Siapa kata promosi “Buy 1 Free 1” hanya ada di pasar raya atau pusat beli-belah?

Sempena Ramadan 2025, Zoo Negara Malaysia turut menawarkan promosi istimewa ini buat para pengunjung.

Menariknya, setiap hari, 100 pengunjung dewasa dan warga emas pertama yang datang secara walk-in berpeluang menerima tiket masuk kedua secara percuma selepas pembelian tiket pertama.

Lebih istimewa, tiket percuma ini boleh digunakan dalam tempoh enam bulan selepas penerimaan.

Namun, perlu diingat bahawa tiket percuma ini tidak boleh digunakan pada hari yang sama.

Jadi, ambillah peluang ini untuk kembali semula pada waktu lain, mungkin ketika cuti sekolah nanti atau pada hujung minggu bersama keluarga.

Terma & syarat tawaran “Buy 1 Free 1” Zoo Negara Malaysia

1. Tawaran ini hanya sah untuk pembelian tiket dewasa atau warga emas secara walk-in sahaja.

2. Pengunjung wajib membawa MyKad atau pasport sebagai rekod.

3. Tiket percuma yang diterima tidak boleh dipindah milik.

Jangan lepaskan peluang keemasan ini, jadilah antara 100 orang terawal setiap hari untuk menebus tiket percuma anda.

https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=1071431305028093&id=100064837001337&rdid=DzVtNQc2WpeppnAL#

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved