Tawaran percuma ChargEV sehingga Hari Malaysia 2024, ini cara untuk cari lokasi terlibat

LocalTechnology
31 Aug 2024 • 8:58 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Jangan lepaskan peluang untuk cas EV anda secara percuma. ChargEV mengumumkan mereka membuka semua stesen pengecas AC 3.7kW dan 7kW untuk digunakan secara percuma sehingga 16 September 2024 iaitu sambutan Hari Malaysia. Perlu diingatkan yang hanya pegecas kendalian ChargeEV sahaja diberikan percuma dan bayaran parkir masih perlu dibayar.

image is not available

Guna APP ChargEV untuk cari pengecas percuma

Pengecas AC 3.7kW dan 7kW banyak dipasang di premis kerajaan dan juga pusat beli belah. Sebagai tips, mengecas EV di pusat beli belah adalah terbaik kerana anda memang akan habiskan beberapa jam di sana.

Katakanlah anda sambungkan EV anda kepada pengecas 3.7kW dan tonton wayang selama 3 jam, bateri EV anda sudah terisi sebanyak 11.1kW. Ia adalah 22% kapasiti bateri sebuah BYD Atto 3 (2024).

image is not available

Jadi, nak cari pengecas percuma mudah sahaja. Di aplikasi ChargEV, gunakan fungsi filter. Tandakan pilihan Only show ChargEV chargers dan leretkan jenis pengecas kepada 3 hingga 7kW dan pergi semula ke peta operasi ChargEV.

Sumber: ChargEV

Bacaan berkaitan