“Tawaran Yang Membuka Mata Ramai..” – Netizen Puji Masjid Kuala Krai Tawar Elaun RM6000 Jadi Imam Solat Tarawih

26 Feb 2024 • 4:14 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, satu hantaran di Facebook yang dimuat naik oleh pihak Masjid Tengku Muhammad Faris Petra Bandar Kuala Krai telah meraih perhatian.

Tawar elaun lumayan buat imam

Dalama hantaran tersebut tertulis tawaran buat siapa-siapa yang mahu menjadi imam untuk solat Tarawih pada bulan Ramadan yang bakal disambut oleh umat Islam tidak lama lagi.

Jumlah elaun yang diletakkan juga agak tinggi dan disebabkan itu hantaran berkenaan raih perhatian pengguna Facebook lain.

Buka mata orang ramai, jadi benchmark

Rata-rata netizen yang meninggalkan komen memuji pihak Masjid Kuala Krai kerana tidak memandang rendah pada tugas yang dilakukan oleh imam masjid.

image is not available

Difahamkan, pihak masjid mengutamakan kepada mereka yang bermukim di Kuala Krai dan membuka peluang untuk menghantar resume sebelum 24 Februari lalu.

image is not available 1 month ago

"Bukan Ke Kita Semua Sama Taraf.." - Individu Mempersoal Keperluan Tandas VIP Di Masjid & Surau