Tawau daerah terbaharu dilanda banjir

22 Feb 2026 • 8:37 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Hujan berterusan selama beberapa jam sejak malam Sabtu menyebabkan beberapa kawasan di Tawau dinaiki air.
image is not available
Mangsa diselamatkan pasukan bomba untuk dipindahkan ke PPS.

KOTA KINABALU - Tawau menjadi daerah terbaharu di negeri ini yang dilanda banjir apabila seramai 245 penduduk dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Tawau.

Hujan berterusan selama beberapa jam sejak malam Sabtu menyebabkan beberapa kawasan di daerah itu dinaiki air sekali gus mengakibatkan banjir kilat.

Antara lokasi terjejas ialah Kampung Tanjung Batu Keramat, Kampung Baru, Kampung Rawa-Rawa, Kampung Ranggu, Taman Fujimart, Taman Setia, Jalan Shin Onn dan Jalan Takada.

**media[3441554]**

Beberapa video serta gambar keadaan banjir turut dikongsikan warganet yang memaparkan air mengalir deras di beberapa lokasi sekitar Tawau.

Sementara itu, laporan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah setakat jam 8 pagi Ahad memaklumkan, jumlah keseluruhan mangsa banjir di negeri ini meningkat kepada 5,191 orang yang dipindahkan ke PPS.

Jumlah itu melibatkan empat lagi daerah lain iaitu Kota Marudu dengan 1,929 mangsa, Pitas (2,120), Paitan (847) dan Kota Belud (50).