Tawau perlu tiga jejambat utama

LocalPolitics
21 Sep 2024 • 3:49 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Lagatah Toyos

TAWAU: Tiga jejambat utama perlu dibina di daerah ini sebagai usaha menangani isu kesesakan lalu lintas, yang dilihat semakin membimbangkan dan kritikal di Tawau, kata Pengerusi Persatuan Pemberita Tawau, Tan Chin Cheng.

Menurutnya, tiga lokasi strategik pembinaan fasiliti itu adalah di persimpangan Lampu Isyarat Batu 1 Jalan Apas; Lampu Isyarat Taman Bintang Batu 3 Jalan Apas dan bulatan Batu 4 Jalan Apas.

Katanya, lokasi itu perlu dibina jejambat susulan kesesakan teruk sehingga beberapa kilometer pada waktu puncak, menyebabkan pemandu tersangkut berjam-jam lamanya, malah Jalan Apas adalah laluan paling sibuk di Tawau dan merupakan jalan utama menuju ke Lapangan Terbang Tawau.

“Difahamkan juga, projek jejambat di persimpangan Lampu Isyarat Batu 1 Jalan Apas sudah lama dimasukkan dalam rangka tindakan pembangunan kerajaan dan hanya menunggu kelulusan dana,” katanya dalam kenyataan media, baru-baru ini.

SPONSORED CONTENT Sinyi Group Founder, Chou Chun-Chi, Wins 2024 Asia Pacific Enterprise Award and Expands Sustainable Tourism Ventures in Sabah, Malaysia Kota Kinabalu: The 2024 Asia Pacific Enterprise Awards, hosted by Enterprise Asia, aims to recognize the most outstanding business leaders and organizations in the Asia-Pacific region. Read more Tan berkata, projek jejambat itu amat signifikan dengan pemindahan ibu negara Indonesia ke Kalimantan Timur, dan Tawau merupakan salah satu bandar di Malaysia yang paling dekat dengan Nusantara.

Beliau percaya pembangunan infrastruktur tersebut mampu menjadi tarikan utama untuk menarik lebih banyak pelaburan daripada luar dan berkualiti, jika diselaraskan dengan baik.

Sehubungan itu, beliau berharap Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siu Fook, yang dijangka melawat Tawau pada Oktober depan, akan turut meninjau keadaan semasa pergerakan lalu lintas yang perlu dinaik taraf dan ditambah baik di daerah ini.

Tan berkata, Loke dijadual melawat daerah ini dalam rangka kerja meninjau Lapangan Terbang Tawau bulan hadapan.

Katanya, perkara itu dimaklumkan dalam pertemuan delegasi Dewan Perniagaan Tiong Hua Tawau, diketuai Presidennya Chia Seong Fatt, semasa melakukan kunjungan hormat kepada menteri tersebut berhubung isu naik taraf LTT.

“Kita amat menghargai perhatian pihak menteri terhadap permintaan daripada delegasi Tawau, yang memohon beliau turun melawat dan memantau LTT dengan harapan projek naik-taraf dapat disegerakan, termasuk pelaksanaan langkah penyelesaian jangka pendek,” katanya.

Dalam kunjungan hormat pada 10 September lalu itu, mereka menyerahkan Memorandum Tandatangan Bersama Menaik Taraf Lapangan Terbang Tawau, yang disediakan oleh Dewan Perniagaan Tiong Hua Tawau, kepada Loke.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.