Tayang badan sado di gerai, KKM digesa ambil tindakan kepada penjual durian

11 Jul 2024 • 11:07 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available

Sejak beberapa hari kebelakangan ini, tular di media sosial beberapa lelaki tayang badan sado di gerai durian sehingga mengundang pelbagai komen netizen.

Lelaki2 jual durian tak berbaju?

Menerusi hantaran di akaun TikTok mereka, beberapa orang lelaki dengan badan sasa telah mengangkat durian dan menguruskan durian di gerai mereka.

image is not available

Tayang badan sado di gerai, netizen gesa KKM ambil tindakan

Susulan daripada itu, seorang pengguna X dikenali sebagai Syed Akramin meminta agar pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil tindakan ataupun nasihat kepada para peniaga tersebut.

Ujarnya, boleh jadi peniaga-peniaga tersebut tidak mengikuti kursus pengendalian makanan kerana memuat naik perkongsian video dengan menayang tubuh mereka yang tidak berbaju sewaktu di gerai durian tersebut.

image is not available

“Saya rasa mereka ini tak pernah hadir kursus kendalian makanan. Harap KKM boleh beri nasihat dan ambil tindakan. Putrajaya dan Kajang bukan jauh pun” tulis pengguna X berkenaan.

Tayang badan sado di gerai, pelanggan pun segan nak berhenti

Perkongsian tersebut telah disetujui oleh netizen yang lain memandangkan mereka kurag selesa dengan teknik pemasaran tersebut kerana dilihat agar berlebihan.

Ada juga yang merasakan tindakan sebegitu agak kurang beradab lebih-lebih lagi dihadapn makanan serta pelanggan yang terdiri daripada pelbagai lapis masyarakat.

image is not available

Lupa kot aurat lelaki dari mana

image is not available

Tak berbaju macam ni bukan perempuan suka pun

image is not available

Nak tarik pelanggan sampai macam ni

image is not available

Beradab la sikit

image is not available

Walau bagaimanapun, selepas video penjual durian tersebut tular, mereka telah membuat permohonan maaf dan menyatakan tiada niat untuk menayang badan untuk tontonan.

Video yang dirakam juga dibuat sewaktu mengangkat stok durian dan bukannya sewaktu sedang berjualan serta bertemu dengan pelanggan.

Sumber: X SyedAkramin