Tayang Duit Berkepuk-Kepuk Di Media Sosial, Pengasas Produk Kini Dalam Radar Polis

LocalBusiness & Finance
9 Jul 2026 • 10:49 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Polis sedang memantau aktiviti segelintir pengasas produk kosmetik dan peniaga dalam talian yang sering mempamerkan gaya hidup mewah di media sosial bagi mengesan kemungkinan wujud unsur pengubahan wang haram.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan tindakan mempamerkan kekayaan luar biasa termasuk wang tunai dalam siaran langsung di media sosial boleh menimbulkan persoalan mengenai sumber kewangan individu terbabit.

Menurut beliau, setakat ini aktiviti jualan golongan berkenaan tidak dikesan mempunyai unsur penipuan, namun pemantauan tetap dijalankan dari sudut kemungkinan berlakunya kesalahan pengubahan wang haram.

“Mereka kini berada dalam radar kami. Kita pantau dari segi pengubahan wang haram. Kalau ada kesalahan, kita akan ambil tindakan bersama Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Bank Negara Malaysia (BNM),” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Image from: Tayang Duit Berkepuk-Kepuk Di Media Sosial, Pengasas Produk Kini Dalam Radar Polis

Mohd Yusoff berkata, individu yang disiasat perlu mengemukakan dokumen sokongan termasuk resit dan rekod transaksi bagi menjelaskan sumber kewangan yang diperoleh.

Beliau berkata, tindakan mempamerkan kemewahan secara berlebihan di media sosial kebiasaannya digunakan sebagai strategi pemasaran bagi menarik perhatian pelanggan terhadap produk yang dijual.

“Orang nampak kaya, nampak duit berkepuk-kepuk, jadi mereka fikir produk itu laris dan boleh membawa keuntungan besar,” katanya lagi.

Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada terhadap sindiket penipuan atau scammer, selain tidak mudah terpedaya dengan tawaran pelaburan yang menjanjikan keuntungan besar dalam tempoh singkat.

Artikel lain: Majlis Tema Bunian: Usahawan Terima Teguran, Sedia Bertemu Mufti Kelantan

Menurutnya, masyarakat perlu meningkatkan pengetahuan mengenai modus operandi scammer, mengelakkan menjawab panggilan daripada nombor tidak dikenali serta menggunakan platform jual beli yang sah dan dipercayai.

“Kalau ada pelaburan yang menjanjikan untung besar dalam masa singkat, itu perlu dicurigai. Pegang pepatah orang tua-tua, ‘Bukan senang nak jadi senang’, supaya kita tidak mudah ditipu.
“Kalau malas sangat membaca, tanyalah ChatGPT bagaimana hendak mengelakkan scammer,” katanya.

Sumber: Astro Awani

The post Tayang Duit Berkepuk-Kepuk Di Media Sosial, Pengasas Produk Kini Dalam Radar Polis appeared first on Borak Daily.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved