Tayang Hidup Mewah, Pelakon Wanita Dipantau Bank Negara Sebab ‘Cuci Duit’?

Entertainment
23 Oct 2023 • 5:44 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Nampaknya ada satu lagi kes yang melibatkan seorang artis yang kini dikatakan sedang dipantau oleh Bank Negara.

Utusan melaporkan bahawa, pelakon wanita itu dikatakan masih muda dan memilik paras wajah yang jelita, dia juga dikatakan merupakan seorang pelakon yang senang nak bekerjasama, baik dari segi tawaran lakonan dan juga buat review produk bahkan jadi duta.

Namun begitu, hasil kekayaan yang diraih oleh pelakon wanita itu dikatakan agak luar biasa dan mencurigakan. Malah dikatakan artis tersebut dilihat mempunyai gaya hidup mewah.

Rasa curiga itu timbul kerana tawaran berlakon tidaklah begitu banyak dan agak mustahil untuk pelakon tersebut dibayar mencecah ratusan ribu untuk sekali tawaran.

“Dia ini nak kata berlakon datang bertubi-tubi itu tidak juga. Bayaran berlakon pun rasanya tidaklah cecah ratusan ribu bukan untuk sekali ‘job’, betul tak? Bukannya artis gred A pun.”

Jelas sumber lagi, pelakon ini jenis tidak segan untuk tayang kepada orang ramai dan media sosial apa yang dimilikinya. Disebabkan itu, pelakon ini dikatakan berada dalam senarai dan pemantauan Bank Negara.

Dikhabarkan ianya berkaitan dengan siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA). Bagaimanapun masih belum dapat kepastian sama ada dia sudah disiasat oleh pihak penguasa atau tidak.

Agak-agak siapa eh?

Sumber: Utusan

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.