Tayar Meletup Masa Tengah Pam, Netizen ‘Salute’ Wanita Ini Tetap Tenang Walaupun Muka Dah Cedera

Entertainment
3 Oct 2022 • 6:45 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Setiap pekerjaan mesti akan ada risikonya, tak kisah la kita bekerja sebagai pemandu lori ke kerani ke semua mempunyai risiko tersendiri.

Tular di media sosial, seorang wanita berkongsi pengalaman dia mengepam tayar lori semasa bekerja.

Namun, malang tidak berbau apabila tayar lori tersebut tiba-tiba meletup sebelum dia tercampak ke belakang.

Menurut cerita, pada hari kejadian, dia sedang memandu seperti hari-hari lain sebelum tersedar salah satu tayar belakang kenderaan itu kempis setelah ditegur oleh rakan sekerja.

image is not available

“Tak sampai lima minit pam, tiba-tiba terdengar bunyi letupan dan saya tercampak ke belakang. Rupa-rupanya tayar meletup.”

“Mujurlah waktu pam, saya berdiri sekitar tiga kaki dari tayar namun impaknya tetap kuat sampai jaket yang dipakai koyak, cermin mata pecah dan jam tangan putus,” tambah wanita itu.

Selepas menyedari insiden tersebut, rakan-rakan sekerja meluru ke arahnya. Apabila dia bangun, dia menyedari yang muka dah berdarah dan telinga dua-dua belah berdengung.

image is not available

Semasa dalam perjalanan ke klinik, dia sempat membuat panggilan video dengan keluarga untuk memaklumkan apa yang telah terjadi.

Doktor kemudian mencuci dan memberikan rawatan pada luka di wajahnya. Luka pada mukanya beransur pulih, cuma masih ada parut dan bintik hitam.

image is not available

Boleh tengok video penuh dekat sini.

Video di Tiktok itu meraih 1.3 juta tontonan (semasa artikel ini ditulis), dia tidak menyangka videonya akan mendapat sambutan.

“Saya ucapkan terima kasih kepada yang doakan saya, moga kebaikan berbalik kepada mereka. Terima kasih juga kepada rakan sekerja, Umi Sarihan, yang bersusah payah membantu dari hari kejadian hinggalah saya pulih,” kata beliau.

image is not available

Ramai netizen yang memberikan kata-kata semangat pada mangsa kerana mereka kagum dengan ketenangan dan cara wanita ini ‘handle’ situasi ini.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article