Tayar Motosikal Meletup, Anggota Polis Bantu Tumpangkan Rider & Hantar Pesanan Pelanggan Raih Pujian [Video]

7 Feb 2025 • 12:04 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Bila sebut tentang anggota polis, pasti dah terbayang perwatakan mereka yang garang dan tegas.

Kadangkala, ada individu yang sanggup mengelak semata-mata tidak mahu berselisih dengan anggota beruniform ini.

Hakikatnya, mereka juga adalah manusia biasa yang punya hati dan perasaan serta sama seperti orang lain yang akan menghulurkan bantuan jika ada individu dilanda kesusahan.

Tayar Motosikal Penghantar Makanan Meletup Di Hadapan Anggota

Itulah yang dilakukan oleh seorang anggota polis trafik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka.

Menerusi hantaran di Facebook Friends of PDRM, Koperal Md Fadzil Ahmed dari Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik dilihat menumpangkan penghantar makanan selepas tayar motosikal rider itu tiba-tiba meletup.

Lebih menjadi perhatian, dia bukan sahaja menumpangkannya malah anggota polis itu turut membantu menghantar pesanan kepada pelanggan.

Rider Mahu Telefon Rakan Dapatkan Bantuan

Kongsi penghantar makanan itu di TikTok @jambangpopeye, dia pada mulanya terkejut apabila tayar motosikalnya secara tiba-tiba meletup di hadapan anggota terbabit yang kebetulan sedang berada berhampiran.

Menyedari situasi yang dialami olehnya, anggota berkenaan terus mendekati dan bertanyakan tentang masalah yang dihadapi.

Sedangkan pada ketika itu, rider berkenaan mahu menelefon rakannya sendiri bagi mendapatkan bantuan.

Anggota Polis Terus Hulur Pertolongan Lepas Tahu Ada Pesanan Kena Hantar

Ketika anggota polis itu mendekatinya, anggota berkenaan terus bertanyakan apa yang boleh dibantu serta adakah terdapat pesanan pelanggan yang perlu dihantar.

Rider berkenaan terus mengiyakan dan meminta bantuan polis itu untuk membantunya menghantar makanan.

“Abang (anggota polis) kena tolong saya settlekan order (pesanan) ini sahaja, lepas itu pandai-pandai sayalah tolak motosikal ini pergi bengkel,” cerita penghantar makanan itu.

Anggota polis tersebut kemudiannya dilihat menaiki motor bersama rider menuju ke rumah pelanggan yang dipercayai terletak di Taman Sutera Wangi, Batu Berendam, Melaka.

Macam mana lah respon penerima tu bila Polis yang hantar bungkusan makanan dia 😅 Terima Kasih Koperal Md Fadzil Ahmed dari Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka yang sudi menumpangkannya untuk menghantar makanan kepada pelanggan selepas tayar motosikal yang ditunggang tiba-tiba meletup. Insiden tersebut berlaku di hadapan anggota berkenaan yang sedang menjalankan tugas di lapangan. 🎥 Jambang Popeye

Posted by Friends Of PDRM on Wednesday 5 February 2025

image is not available
Foto: TikTok @jambangpopeye

Tonton video penuh di [sini].

Ramai Puji Anggota Polis Bantu Rider

Video yang telah mendapat lebih 323,000 tontonan itu nyata mendapat perhatian pengguna media sosial.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memuji tindakan anggota polis terbabit yang sanggup menghulurkan bantuan kepada rider berkenaan.

Malah, ada juga yang mengakui anggota polis sebenarnya mempunyai hati yang baik dan bukanlah seperti yang mereka bayangkan.

Tidak hanya itu, ada juga yang berseloroh bertanyakan reaksi pelanggan ketika menerima pesanan tersebut.

Namun jelas rider itu, pelanggan berkenaan tiada di rumah menyebabkan peluang untuk melihat responnya terlepas.

Ini antara komen pengguna TikTok:

“Terbaik! Ini Baru Polis & Rakyat Berpisah Tiada”

image is not available

“Polis Trafik Ni Ramai Saja Yang Baik”

image is not available

“Jarang Dapat Jumpa Polis Jadi Rider Sambil Kerja Ini”

image is not available

“Yang Terima Order Tu Tak Terkejut Ke Polis Trafik Hantar Order Dekat Dia”

image is not available

Source: