Taylor Swift Bawa Keluarga Peminat Yang Maut Tonton Konsert Terakhir Di Brazil

28 Nov 2023 • 9:35 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Penyanyi Taylor Swift masih terkesan dengan kematian salah seorang peminatnya yang meninggal dunia akibat cuaca panas melampau sewaktu mahu menonton konsertnya di Rio de Janairo Brazil pada 17 November lalu.

Selain pernah mendendangkan lagu khas buat Benevides Machado dalam salah sebuah persembahan di konsert jelajah Eras Tour, Swift kini melahirkan takziah tanpa henti apabila membawa keluarga Machado hadir menyaksikan konsert hari terakhir Era Tour di Brazil.

Foto Swift bersama keluarga Machado yang memakai t shirt dengan gambar mendiang dirakam di belakang pentas konsert yang diadakan di Sao Paulo pada hujung minggu lalu telah membuat heboh media sosial, lapor CNN.

Terdahulu media antarabangsa melaporkan Machado pengsan di luar stadium sebelum disahkan meninggal dunia kerana cuaca panas melampau di Brazil.



image is not available