TCS Group raih kontrak RM216.9 juta bina 2 servis apartmen di Subang Jaya

LocalBusiness & Finance
19 May 2025 • 5:45 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

TCS Group raih kontrak RM216.9 juta bina 2 servis apartmen di Subang Jaya

image is not available

19/05/2025 - 17:45

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 19 Mei - TCS Group Holdings Berhad menerusi TCS Construction Sdn Bhd memperoleh kontrak RM216.9 juta daripada Impiana Impresif Sdn Bhd bagi pembinaan dua blok servis apartmen 48 tingkat di Subang Jaya yang dikenali sebagai Federal Avenue.

Kumpulan itu berkata, kontrak itu merangkumi pembinaan 10 tingkat tempat letak kereta, satu tingkat kemudahan di tingkat 11 serta pembinaan 36 tingkat servis apartmen di Blok A dan Blok B.

Katanya, projek itu akan memakan masa selama 35 bulan untuk disiapkan.

Pengarah Urusan TCS, Datuk Ir Tee Chai Seng berkata, pihaknya berbesar hati kerana berjaya mendapatkan kontrak itu dan ia mencerminkan rekod prestasi cemerlang kumpulan dalam menyiapkan projek berkualiti tinggi tetapt pada masanya.

"Kontrak itu akan meningkatkan buku pesanan kami dan memberi keterlihatan pendapatan yang sihat untuk tahun-tahun kewangan akan datang.

"Keutamaan kami kekal pada pelaksanaan yang berkualiti dan penyampaian tepat pada masanya bagi projek kami yang sedang berjalan. Pada masa yang sama, kami optimis mengenai prospek pasaran untuk industri pembinaan tempatan di seluruh Semenanjung Malaysia dan Malaysia Timur," katanya dalam satu kenyataan. - DagangNews.com

standard