
Kota Kinabalu: Team Reborn Sabah muncul juara dalam kejohanan tarik tali jemputan yang diadakan sempena acara tahunan Kebudayaan Lun Bawang (Irau Aco Lun Bawang) di Stadium Lawas, Sarawak pada Isnin.
Pasukan dengan anggota terdiri daripada beberapa daerah di negeri ini berjaya melepasi pelbagai halangan untuk menewaskan satu lagi pasukan Sabah AF Civil Sabah pada perlawanan akhir untuk membawa pulang hadiah kemenangan RM3,000.
Pasukan itu diketuai oleh kapten Mohd Faisal Norjam dari Kota Marudu dan anggota lain ialah Andy Gerald (Penampang), Mike Andy Philip (Keningau), Jensen Chin Kin Loong (Keningau), Mintog Hery Gagau (Kota Marudu), Adi Japar (Kota Belud), Romzi Majual (Kota Marudu), Rerybell Julimin (Kudat) dan Mecxon Jabilin (Sepanggar).
window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Sebanyak 10 pasukan dari Sabah, Sarawak, Labuan, Brunei dan Indonesia menyertai kejohanan anjuran bersama Luntau Borneo dan PLBS (Persatuan Lun Bawang Sarawak).

