Team Spain Atau England Bakal Juara? Hefny & Falyq Ajak Tonton Final EURO 2024 Bersama, Ini Lokasinya

14 Jul 2024 • 6:35 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Penyampai radio SINAR, Hefny Sahad dan Falyq Hikyle juga tidak ketinggalan menjadi penonton setia perlawanan bola sepak EURO 2024.

 

Perancis atau England

Sudah pasti masing-masing mempunyai pasukan kegemaran tersendiri yang mana Hefny memilih Perancis sebagai juara manakala Falyq pula England.

 

“Menarik perlawanannya, saya ramalkan Perancis menang, cuma agak mengantuk bila perlawanan perlawanan sebelum ini pun bermula jam 10 pagi, 12 malam. Saya pilih Perancis sebab Lamine Yamal,” kata Hefny.

 

“Saya rasa England menang. Sebab pasukan itu banyak pemain pemain bintang. Tapi apa yang pasti perlawanan akhir ini akan menjadi sangat epik.

 

“Perancis sebelum ini kiranya banyak kali juga menang EURO, England pula setiap tahun atau pun setiap dua tahun tag line dia its coming home,” kata Falyq.

 

Disebabkan itu juga, Hefny dan Falyq ingin mengajak peminat bola sepak untuk sama-sama merasai kemeriahan perlawanan akhir EURO 2024.

 

Alami pengalaman eksklusif di DUO @MAMAK bersama Hefny dan Falya dengan menyaksikan perlawanan akhir UEFA EURO 2024 secara langsung.

 

Pelbagai aktiviti dan hadiah menarik juga menanti anda.

 

DUO @MAMAK berlangsung di Restoran Hakim, Seksyen 7, Shah Alam hari ini (Ahad) bermula jam 10 malam.

 

Jangan lupa datang bersama keluarga dan rakan-rakan ya, anda pula team mana?

 

Pasukan mana agaknya yang bakal bergelar juara, sama-sama kita nantikan.

        View this post on Instagram                      

A post shared by SINAR (@sinar_my)

View Original Article